Sunday, November 20, 2011

Pengat Labu ( dan jagung manis)

Salam..

Labu oh labu..
ada ada je ko ni Labu..
tadi dh apam labu.. kali ni ape pulak la labuuuu..

Hihihi..

Kali ni Pengat Labu la labiiii..

Aku ni spesis nk masak sesuatu selalu last minute..
sbb ikut mood kan..
so ape lg..
ada je la bahan yg x cukup..
aku suka makan pengat kalu ada bijik sagoo..
nk g kedai semata2 nk beli sagoo cam x berbaloi..
dh la kedai agak jauh..
plg2 dekat pon Tunas Manja Sg Isap..
kedai runcit kt umah ni kompon x de jual bijik sagoo tu..
so kita abaikan aje kan..

bedal je lah..
asalkan leh makan.. udah la labuuuu..

Bijik sagoo x de.. aku ganti dgn bijik jagung manis..
TQ Aida sudi bg jagung mutiara cameron..
aritu dh rebus..
selebihnya ni la baru nk masak pengat.. :)



  Aku guna gula merah original Melaka tau..
beli masa g Melaka aritu..
manis bangat sih..
x yah nk boh byk2.. boh skit je dh manis
dats why la kuah pengat aku pucat..
x suka lah wat manis2 sgt..
melekat kt dlm tekak..


Apam Labu

Salam..

Labu oh Labu..
kenapalah ko ni sedap sgt labu oiiii..
aku mmg suka sgt makan labu..
ape pon x boleh.. huhuhu..

Korang suka makan labu..???
peberet aku ofkosh la masak lemak labu..
pergh.. bertambah nasik x hengattt.. adoi la..

Alhamdulillah.. rezeki aku dpt labu..
pemberian office-mate ku Izah&Faez..
TQ dik..

Dh siap salin resepi berkonsepkan labu..
apam labu, muffin labu,pengat labu..

So utk intro..
aku wat apam labu..
tgk kegebusan apam labu si Izah..
tersgt menggoda..
kabarnyer resepi asal adalah keledek..
tp Izah termenderhaka..
derhaka pon sedap Izah.. sedap sgt2.. :D
TQ semua yg menyumbangkan resepi..



kejadiannyer tak berapa menawan.. huhuhu..


APAM KELEDEK versi LABU
copy paste dari Izah Daut

Bahan A:-
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam

Bahan B:-
  • 230 gm labu direbus lembut (asal menggunakan 200gm keledek)
  • 150 gm gula (asal menggunakan 180 gm gula)
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat

Bahan C:- (ayak bersama)
  • 200 gm tepung gandum
  • 1  1/2 sudu kecil baking powder (asal menggunkaan 1 sk double action b.powder)

Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  2. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  3. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  4. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (Ummi tutup mangkuk adunan).
  5. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (Ummi guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  6. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.

Saturday, November 19, 2011

Daging Sweet Sour

Salam..

Ni lauk ntah zaman biler pon aku dh x ingat..
hihihi..
snap je gambo.. tp x upload terus..
arini br ada masa dan mood nk upload..

Kes nk perabihkan daging korban..
kalu dak jawabnyer sampai raya thn depan ada lg dlm peti beku tu.. :)

Menu simple je..
Masak sweer sour je..
Aku rebus siap2 daging tu sampai empuk..
then goreng sekejap..
pehtu tumis je bawang and segala mak nenek sos..
sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos plum..
Siap!

 




Tuesday, November 15, 2011

Ragam 'Courier Service'..

Salam..


Sakit jiwa kalau nk citer pasal courier nie..
tp.. 
rasa nk meluahkan kt blog nie..
moga dijadikan teladan dan panduan utk kita semua..

Aku pengirim.. Customer penerima

Kes 1 :
Brg dipos ke Klang, Selangor pada 4/11/11 (Jumaat)

4.11.11 - Pos Kuantan ke Pos Klang
-------
(raya aidiladha)
-------
8.11.11 - Parcel sampai di Pos Klang (6.28am)
8.11.11 - Penghantaran parcel (7.40am)
8.11.11 -  Unable To Deliver The Item Due To 
Addressee Not Available At Time Of Delivery (6.01pm)
*kat sini dh pelik.. kebiasaan kalau betollah xde org kt rumah..
Pos Laju akan tinggalkan kad utk collect parcel di pos terdkt..
 -------
9.11.11 - Penghantaran parcel (7.56am)
9.11.11 -  Unable To Deliver The Item Due To 
Addressee Not Available At Time Of Delivery (6.44pm)
*pelik lg dan lg dan lg..
-------
10.11.11 - Penghantaran parcel (8.08am)
10.11.11 -  Unable To Deliver The Item Due To 
Addressee Not Available At Time Of Delivery (2.53pm)
 --------
11.11.11 - Return parcel ke Kuantan (9.14pm)
12.11.11 -  Aku terima balik parcel yg dipos
  
Kisah sebenar :
Pemandu van Pos Laju membuat panggilan ke penerima (customer) 
pada Khamis,10.11.11 bertanyakan alamat..
(dah 10hb br nk call????)
setelah diberi penjelasan.. pemandu tahu di mana lokasi
tetapi pada petang itu, pemandu menghubungi sekali lagi penerima..
mengatakan parcel akan dihantar esok (Jumaat, 11.11.11)

Tetapi secara terperanjat beruk, aku terima parcel tu pada 12.11.11 (sabtu)


Kes 2 :
Brg dipos ke Kuantan, Pahang pada 9/11/11 (Rabu)

Aku penerima!

Kebiasaannyer hanya sehari.. tp aku masih x terima parcel pada 10 dan 11hb
FINE!
Hari sabtu aku tunggu sampai jam 11pg..
xde jgk terima..
Call ke pejabat courier..

Alasan diberi : Ramai pekerja cuti.. xde orang nk hantar.. so Isnin br gerak..

Aci???..
Mode : rasa nk bom je pejabat tu..

Tapi sabar.. dan menunggu Isnin (14.11.11)

Percaya tak?.. masih x sampai2
*update : parcel br sampai arini.. giler kentang! 15.11.11


Lu pikirlah sendiri.. huhuhu..
~#@&Y(**()&*%^#$@#(`~

Monday, November 14, 2011

Karipap Rangup

Salam..

Petang semlm.. masa tgh santai2 kt umah.. terasa plak nk wat karipap..
tu pon sebab teringatkan rendang daging baki raya haji aritu ada dlm peti..
aku dh frozenkan..
rendang tu pon byk sbb pemberian orang..
masing2 dh x leh terima lg rendang daging.. so aku frozenkan je..
Then semlm dok pikir..
nk wat karipap berintikan rendang daging tu..
aku tambah kentang yg dipotong dadu..
panaskan rendang then tambah air skit dan boh kentang..

*sorry kualiti gambar kurang memuaskan.. snap guna phone aje..


 OK.. masa utk menguli adunan kulit karipap..
dh lama nk mencuba resepi Tun..
dan akhirnye aku cuba jugak buat..
Alhamdulillah.. mmg sgt2 rangup.. dh sejuk pon masih rangup OK..
x caya.. cuba lerrrr... x rugi pon.. hehehe..





digoreng separuh masak.. nk hantar ke rumah MIL.. :p

So ini resepi nyer ye..
Tun, kzura mohon share ye.. TQ dear..

Karipap Tun (utk kulit karipap)
  • 4 c tepung
  • 2 tbs margerin
  • 1/2 c oil
  • 3/4 c air
  • 1/2 tsp garam
cara-cara:
  • panaskan margerin + minyak dlm periuk. tutup api.
  • tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti).
  • dh sejuk siket, campur garam n air.
  • Uli-uli.. siap! buleh wat karipap ikot suka inti apa..

~SELAMAT MENCUBA~



Wednesday, November 9, 2011

Lemak Labu-Lunch.. Sambal Daging Pedas-Dinner..

Salam..

Hari ni aku MC.. as usual.. sakit kepala lagik..
nk kata stress idak la sgt..
tp kadang2 aku ni jenis hal kecik2 pon nk memikir..
sampai time tido tu pon otak memikir lg..
biler bangun tido tu yg sakit kepala..
huhuhu..

And as usual jugak..
if aku cuti keje sbb x sihat..
aku ttp kena masak utk makan mak abah di rumah..
kalu aku keje.. kadang2 beli aje..
kadang2 mak masak simple2..
x tentu..
memandangkan dh aku ada kt umah
walaupon x sihat.. ttp kena masak..
tanggungjawab.. :)

OK..
utk lunch aku masak Lemak Labu..



 dan utk dinner mlm ni.. aku masak pulak Sambal Pedas Daging


Sambal Pedas Daging

Bahan:
1/2kg Daging Lembu - rebus dan hiris
3 biji Cili Api
3 biji Cili Merah
1 biji Cili Hijau
1 biji Bawang Besar
1 keping Asam Keping
Garam secukupnya

Cara:
Daging digoreng tp jgn terlalu garing nnti keras. Kisar semua bahan kecuali daging.
Tumis bahan kisar hingga garing, masukkan asam keping.
Masukkan daging goreng. Siap!

Tuesday, November 8, 2011

BBQ Aidiladha~

Salam semua..
mcm mn sambutan raya korban di tempat u'olls
meriah?.. masuk bahagian?.. tlg melapah daging?..
seronok kan?..
tapi bile dikenang2kan sejarah raya korban ni..
sedih kan.. 

Peristiwa korban itu memberikan teladan, 
untuk meraih kemuliaan pastilah dilalui dengan pengorbanan. 
Berjuang untuk mencapai kemuliaan, ternyata mesti ditempuh dengan berkorban.

Orang yang menyatakan dirinya berjuang, 
tanpa ada kemahuan untuk berkorban, 
sesungguhnya bukanlah pejuang melainkan pengikut. 
Jika ingin maju dan mulia, pasti ada gerakan yang dipeloporinya 
untuk berjuang sekali gus berkorban, 
iaitu mendekatkan diri kepada Allah.

Ok.. berbalik kepada tajuk entry..
raya aidiladha kali ni aku x balik kg..
beraya di Kuantan saje..
x meriah.. biasa2 saje..
abang sulung tiada, outstation ke UK
SIL balik kg bersama anak2..
tinggal abang ke dua dan adik bongsu dari Shah Alam..

Utk memeriahkan suasana..
mlm tu kami sekeluarga buat bbq simple saje..
aku perap ayam, sedikit daging lembu korban..
pehtu aku beli lamb shoulder, perap sendiri aje..
yg dh siap marinated mahal sgt..
selain tu ada jugak sosej dan daging burger..


Dan ini adalah menu istimewa aku buatkan..
bukan susah pon nk buatnyer..
buat tambah2 menu aje.. :D

whipped potato-homemade
blackpepper gravy

 Ada ke yg nk resepi?..
aku buat cara yg plg simple sgt..
sedap ke x?.. 
rasanyer sedap la kot sbb habis licin.. hihihi..


Thursday, November 3, 2011

Marble Cheese Brownies~tempahan

Salam..

Lama sgt rasanyer aku x terima order brownies nie..
bukan x de yg order tp aku yg menolak..
entah ke mana la mood baking aku nie.. huhuhu..

Rakan sepejabatku, Kak Ham order brownies nie..
katanyer nk bawak balik kg..
al-maklum la dh nk raya haji kan..
masing2 dh siap2 nk balik kg masing2..
memandangkan brownies ni mudah nk membuatnyer..
so aku terima la tempahan Kak Ham..
ku ubah sedikit lorekan atas brownies menggunakan cheese yg diwarnakan merah..
tp sayang lapisan atasnyer agak terlalu garing..
tidak hangit ye.. aroma cheese masih semerbak.. :)




MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Wednesday, November 2, 2011

Kreatif betol!!!

Salam..

Korang agak lah..
gambar di bawah ni diperbuat/dibina dr ape???..



Kalau yg dh tau tu.. pi gok jauh2..
hihihihi..

Aku dpt ni dari email..
menarik.. 
dan aku share di sini..

Kalu korang nk tau..
ia diperbuat/dibina dari..... BISKUT

dari perlbagai jenis biskut..
huhuhu..
so kreatif kan..
satg confirm semut hurung... hihihi..



Sejuk2 ni biskut cicah Milo sedap jugak.. hihi..

My favourite prisoner...

Salam..

Rindunyer laa kt mamat nie..

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"


Rindu nk tgk dia berlakon daaaaaaa... hahahaha..
aku tersgt minat si Wentworth Miller nie since tgk drama bersiri..
PRISON BREAK..

best oooo.. addict nk tgk every day every week..


Saper layan drama ni dulu????.. angkat kaki.. eh angkat keyboard.. hihihi..


...

oh michael scofield!

Tuesday, November 1, 2011

Tauhu Goreng ajeeee..

Salam..

again.. simple menu..
arghhh.. lately asyik masak simple aje..
kenapa eh?.. huhu..


Tp ini fav aku and family..
simple aje..
goreng tauhu yg digaul garam dan kunyit..
then wat sambal kicap pedas..


 Selain tu aku wat simple asam pedas ikan kembung aje..
semua simple kan.. :)

 
....
..
.

Kongsi Resepi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...