Tuesday, November 9, 2010

Period Pain.. PUNCA???..

Sesungguhnya aku x suka sakit ini..
kena pulak kt opis..
oh tidak!

Apa puncanyer ye..
Meh kite google...


Senggugut

Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.

Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing.

Dalam bahasa Inggeris, senggugut dipanggil "dysmenorrhoea". Terdapat dua jenis senggugut.

Senggugut Primer

Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula.

Senggugut Sekunder

Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Sebab-sebab:

  1. Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
  2. Cyst Ovari dan tumor
  3. Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
  4. Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
  5. Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
  6. Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.

Epidemiologi

Lebih daripada 60% perempuan remaja mengalami senggugut1. Satu dalam 10 wanita mengalami kesakitan yang teruk sehingga menganggu aktiviti seharian.

Ia adalah lebih kerap berlaku kepada seseorang yang merokok, mereka yang mengalami akil baligh yang lebih awal, dan yang mempunyai haid yang banyak2. Senggugut adalah lebih jarang berlaku di kalangan wanita yang pernah atau baru bersalin, dan yang menggunakan pil perancang.


Tanda-tanda

  1. Sakit di bahagian bawah perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang, yang boleh merebak ke belakang dan bahagian peha.

    1. Senggugut primer. Ia biasanya paling sakit pada dua hari pertama datang haid yang diikuti dengan sakit yang berkurangan beberapa hari selepas itu, dan berhenti apabila haid berhenti. Biasanya berlaku selama 12 ke 24 jam, ada yang selama 2 ke 3 hari. Kesakitan ini berkurangan apabila umur meningkat dan selepas bersalin.
    2. Senggugut sekunder. Senggugut ini mempunyai tanda seperti senggugut primer tetapi sakitnya berpanjangan, bermula beberapa hari sebelum haid and bertambah teruk. Senggugut ini menjadi semakin teruk selepas beberapa tahun haid biasa. Berikut adalah tanda yang menyatakan kemungkinan anda mengalami Senggugut Sekundar.
      • Haid yang tidak tetap
      • Haid yang tidak tetap
      • Kesakitan antara haid
      • Pendarahan yang bertamban banyak
      • Lelihan dari faraj
      • Kesakitan ketika melakukan seks

      Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas.

  2. Sakit kepala, pening, letih, sakit belakang
  3. Loya dan muntah, cirit-birit.

Komplikasi

Physical - Infertiliti (Tidak dapat mengandung)

Mental - stres, tidur terganggu


Rawatan

  1. Ubat pengurang radang. (Contoh: Mefanemic acid, Naproxen)
    Sebanyak 80% perempuan yang mengalami senggugut boleh dikurangkan atau dihentikan dengan mengunakan ubat ini. Ia hendaklah dimakan sebaik sahaja sakit bermula atau pada permulaan haid.

  2. Ubat tahan sakit. (Contoh: Paracetamol)
    Digunakan sekiranya ubat pengurang radang tidak sesuai untuk dimakan disebabkan oleh kesan sampingan atau kontraindikasi penggunaan ubat. Ubat ini boleh digunakan bersama dengan ubat pengurang radang sekiranya sejenis ubat tidak mencukupi untuk mengurangkan kesakitan.

  3. Pil perancang. Ia biasanya digunakan untuk senggugut primer untuk:
    1. Mengurangkan dan memendekkan tempoh haid dengan menghindari ovulasi.
    2. Mengurangkan atau menghilangkan sakit senggugut dengan mengurangkan penghasilan prostaglandin di selaput rahim.
    3. Kegunaan lainnya sebagai ubat pencegah kehamilan.

  4. Penggunaan Haba.
    Senggugut sering kali dialami untuk seketika sahaja. Kesakitan sementara ini dapat diredakan menggunakan haba dari botol yang berisikan air suam, atau pek panas yang boleh diletakkan pada bahagian bawah perut, atau dengan mandi air suam.

  5. Mesin TENS ("Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation").
    Boleh digunakan sekiranya tidak ingin menggunakan ubat. Mesin ini menghasilkan pengaliran kuasa elektrik kecil yang menghindari tanda sakit dari saraf sakit dari disampaikan ke otak. Dengan ini sakit berkurangan.

Apakah rawatan yang boleh digunakan untuk Senggugut Sekunder?
Perubatan yang digunakan adalah bergantung kepada sebab Senggugut Sekunder dialami. Sila berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.

sumber: MYHEALTH


post signature

post signature

Monday, November 8, 2010

Lapar tapi tak de selera..



Penah dak ada masa korang rasa dh bosan sgt makan nasi..
nk makan mee pulak cam xde pilihan sgt.. boring jew..

Ntah ngape la dgn aku arini..
x selera nk makan nasi.. even masakan panas..
tapi perut ni kelaparan..
huhuhu..

Perut oh perut..
ko nk makan ape sebenarnyer..


post signature

post signature

Klinik Swasta or Hospital Kerajaan???..


Assalamualaikum..

Mlm semlm aku teman birasku ke klinik..
sebabnyer..
aku tgk dia menahan kesakitan
so aku ajak and temankan dia ke klinik..
kesian sgt aku tgk..

Aceli dia dh pegi kat spital bahagian pesakit luar..
dh pon diberi antibiotik dan beberapa cream..
tp memandangkan dia sakit sgt mlm tu..
aku ajak jugak dia pegi klinik..
bkn ape risau pulak penyakit lain kan..
kalu x de alhamdulillah lah..

Ape yg aku nk citerkan kt sini bukan pasal peyakit tu..
tp sikap doktor tu..
birasku tunjuk ubat yg hospital bagi..
dia blh senyum sinis tau..
aku tnye..
kenapa???..
dia pon memulakan citer...

Doktor : Hospital ni selalu bg ubat murah kat patient..
kata x de duit.. tp buat bangunan tinggi boleh..
biler Datin2 seri berseri2 masuk spital..duduk kt 1st class..
pehtu bagi pulak ubat2 yg mahal..
kata "rakyat didahulukan".. tp kenapa bg ubat murah..
orang ramai pegi jugak hospital.. (nada cam menyindir)

Ha.. tu laa kata2 doktor tu kat kami..
aku jadik x syiok la dia cakap camtu..
sbb pada aku..
seorang doktor tidak kira doktor kerajaan or private..
x leh kuarkan statement camtu xpecially kt patient..

Masa doktor tu kuarkan "orang ramai pegi jugak hospital"
aku balas..

Aku : tak semua orang mampu pegi klinik swasta..
org berpendapatan rendah dh pasti tuju ke hospital..
lgpon x semua klinik swasta bagus..
ada yg buat pemeriksaan sambil lewa..
x check betol2..

Doktor : Doktor pon manusia biasa.. maybe terlepas pandang

Aku : Bukan ape doktor.. kite dh bayar lebih
so mengharapkan yg terbaik la kan..

Doktor : .... (senyap)...

Pasal datin2 seri yg masuk 1st class tu kan..
dh nama pon diorg tu VVIP..
x kan nk soh masuk wad kelas 3 kot..
menda ni x leh dipertikaikan..

Kesimpulannyer..
ada baik dan buruknya di mana2 sekalipon kite buat rawatan..
tepuk dada tnye selera..

Kalu rasa ada duit lebih..
nk selesa.. klinik swasta lah..
kalu duit kurang.. and sanggup tunggu berjam2..
terpaksa laa pegi hospital kerajaan saje..

Tol dak?..
Korang sure ada pengalaman korang kan?
Wanna share?...


post signature

post signature

Sunday, November 7, 2010

Bukan Safi Rania Gold tapi.....

OK kite sambung pasal tadi..

Semlm dh pegang Safi Rania Gold tp aku x jadik beli..
sebab..
cam aku cakap tadi..
fungsinyer byk kepada nk menegangkan kulit dan memutihkan kulit..
aku x mau semua tu..
aku nk pulihkan jerawat dan parut kt muka aku ni.. huhu..

So belek punyer belek..
terberkenan kat produk nie..

.
.
.


Tapi.. aku amik yg Starter Kit dulu..
kasik try dulu camner..


Harga RM25.80 jew..
padan ler.. tocik2 jew brgnyer..

Teenage Cleansing Liquid (50ml)
Teenage Deep Cleansing Facial Toner (50ml)
Care Gel (10ml)


Ni step by step penggunaannyer..

Dlm Starter Kit ada yg liquid sahaja..


Yg ni x de dlm set Starter Kit tu..
aku plak lupe nk beli..
dan aku AKAN BELI jugak sbb rasanyer baru complete kalu ada semua kan..

So.. doakanlah muka ku 'sihat' kembali..
huhu..
seksa tau muka camni..
nk jumpa org pon malu..
paling sedih biler ada yg cakap "Eh! Ko kena campak ke?"...
uwaaaaaaaa.. giler sedih kot..

Oh ya..
memandangkan aku tgh rakus nk cuba semua product utk jerawat..
ada one of my frenz suggest product ni pulak..

.
.
.
Murah jew.. RM4.90 utk size plg kecik 5.34g
ada la besar duit syiling 50sen..
Nixoderm ni dh ada dlm pasaran dari dulu lg..
Ape yg aku tau.. jgn guna pada seluruh muka..
sapukan kt tmpt jerawat dan bermslh saje..

.
.
.

Erm.. asben aku cakap.. aku ni sebenarnyer mslh resdung
dat's why jerawat aku pelik2..
ekeke..
pelik tu bukan ape..
spesis yg susah nk baik.. and sekali kena teruk sgt..
huhu..

So lepas ni aku kena carik supplement pulak kot..
utk control resdung aku..
setahu aku.. resdung x de ubat..
utk kurangkan maybe boleh kot..
sbb abang aku yg doktor tu pon ada resdung..
teruk dari aku..
dh 2x operate kat dlm hidung..
tu pon dia cakap bukan pulih 100%
sekadar utk mengurangkan sahaja..
huhuhu..

Pemakanan pon kena jaga kan?
huh! bile nk start diet balik nie ..
huhuhu..

post signature

post signature

Saturday, November 6, 2010

Huh! Dah beli Safi Rania Gold?...

Ye.. semlm aku dh pegi Watson dan Guardian..
mencari2 produk Safi Rania Gold
yg aku ada cakap b4 this tu kan..

Pegi Guardian tgk rege dulu..
then gerak ke Watson pulak compare rege..
Watson murah skit..

Aku baca label pada each kotak..
ermm.. produk ni lebih kepada nk menegangkan kulit..
and nk memutihkan kulit jew..

Then aku x jadik amik Safi Rania Gold..
Aku beli produk lain
iaitu..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Tungguuuuuuu..
Sat lg aku share erk..
nk bersiap pegi Carrefour sat..
beli brg2 skit..

Jgn mareeeeeee... ^_^

post signature

post signature

Ayam Masak Kicap jeeeeerrr...

Salam semua..
dh siap masak ke Cik Kiah semuaaa...
ekeke..
ala2 gaya Chef Wan kalu bercakap..
suka sgt dgn Cik Kiah..
x de nama lain ke..
Temoh ke.. Bedoh ke.. Tipoh ke..
^_^

OK udah2 ler tu melalut..
ni menu utk arini..
paling simple paling senang paling malas..
huhuhu..
semlm dh makan kari..
arini x leh lemak2 dah..
muak..


Menu yg paling istimewa selain dari Ayam Masak Kicap ni ialah...
.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

taraaaaaaa...
Ulam timun.. hahahaha..

Baru aku sedar kt umah kehabisan stok sayur..
yg ada bunga kobis dgn timun..
erm.. wat ulam je timun tu sedap ape..
tol dak?


post signature

post signature

Friday, November 5, 2010

Kari Ikan Tenggiri & Kobis Bunga Berdaging

Salam diwali..
korang masak ape utk raya hari nie?..
ekeke..

Memandangkan arini Deepavali..
so aku masak Kari Ikan Tenggiri..
lawan dengan..
Kobis Bunga bersama daging..

Jemput Makan..




post signature

post signature

Thursday, November 4, 2010

Mana budi bahasa kite???... Mana senyuman kite???...


Kerajaan dok susah payah..
buat kempen nie..
tp rasanyer kempen tinggal kempen jew..
masyarakat tetap dgn SIKAP buruk mereka..

Satu lg kempen SENYUM..
"senyumlah.. senyumlah..ahai cik mek molek"
dok teringat iklan pokcik yg x de gigi dok sengih je.. ekeke..

Aku cakap hal ni biler asben aku citer..
dia ada telefon sebuah IPTA ni..
korang percaya atau tidak.. 10kali telefon.. x de org jawab..
mana pegi receptionist???..
then.. asben aku cuba lg..
ada org jawab.. tp dia jawab camnie..
" Hello.. ye.."

Huh! cam tu ke cara nk jawab telefon..
tapi diorg x kisah..
org komplen pon.. student ttp ramai masuk IPTA tu..
sbb KERAJAAN..
cuba kolej swasta buat gitu..
abis masuk paper komplen sana komplen sini..
huhu..

Satu lg..
aku rasa sakit hati kalu pegi mana2 pejabat laa..
x kira kerajaan or swasta..
org2 kt situ semua muka getah sekerap..
nk senyum punye la payah..
susah sgt ke nk senyum..
plg aku benci..
kalu ada yg bercakap dgn kite x pandang muka..
biarpun muka aku byk jerawat sekalipun..
pandang laa muka skit.. respect laa wei..
apalaa..

Hero pon pandai senyum tau..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
(sumber gambar :Google)
bkn Hero erk.. Hero lg hencem.. ekeke..

post signature

post signature

Tuesday, November 2, 2010

~presenting....... Hero & Bella


Hai.. saya Bella

Hai.. saya pula Hero

Kami baru berkenalan...
Mula2 kami benci dan marah biler bertemu..
Hero rasa nk gigit ekor Bella yg kembang tu..
Bella pulak rasa nk gigit je hidung Hero yg itam tu..

Tapi..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kami dh berkawan baik...
yeayyyyy
.
.
Kami main sep sep sep.. bom bom bom


Bella berhenti berehat lepas penat seharian main kekjar2 dgn Hero


Saya surrenderrrrrr!!! Kata Hero bile Bella dh naikkan kakinyer yg besar gedabak tu nk tampor Hero.. hahaha..

Eii eii eii.. kang kang kang .. aku tampor jugak ko ni Hero..


Hahahaha... saya dpt gigit blkg. awak.. nyeh nyeh nyeh..(kata Hero)


*to be continue...

post signature

post signature

Monday, November 1, 2010

Product Review - Safi Rania Gold

(sumber gambar : google)

Tadi dok borak2 dgn office-mate..
aku tgk muka dia ada perubaha..
so aku tnye dia pakai produk ape..
and dia cakap Safi Rania Gold..

Since muka aku dh jadik semakin teruk nie..
aku dh mula kemaruk nk beli mcm2 produk yg org cakap..
and aku betol2 mmg nk cuba produk nie..
harap2 sgt berkesan utk muka ku..
dh teruk sgt aku tgk..
bukan makin kurang..
malahan menjadik2 pulak naik jerawat dan parut..

Oh Tidak!!!!!!!!!!!!!!
.
.
.
.
Sedikit info pasal produk nie...


Safi mengeluarkan produk yang menerapkan partikel nano emas 24k dalam rangkaian produk penjagaan kulit terbarunya – Safi Rania Gold.

Produk ini selamat, berkesan dan disahkan halal.

Emas terbukti secara saintifik berkesan mengurangkan kedalaman kedutan. Ia meningkatkan keanjalan kulit dan memperlahankan penyusutan kolagen bagi mencegah kekenduran kulit.

Emas juga merangsang pertumbuhan sel lapisan dasar kulit untuk memastikan pertumbuhan semula sel kulit yang sihat, tegang dan awet muda.

Produk ini mengandungi protein mutiara serta vitamin B3 untuk mencerah dan memulihkan kesegaran wajah.

Safi Rania Gold Serum mengandungi Nano Emas 24K bagi mengurangkan kedalaman kedutan dan garis halus sehingga 55 peratus. Dalam hanya tiga minggu, kulit cerah berseri.

Safi Rania Gold membawakan pelbagai produk antipenuaan untuk tujuan kecantikan kulit, antaranya:


Krim pembersih wajah Safi Rania Gold

Ia membersihkan kulit daripada kotoran, habuk dan daki selain membantu menanggalkan solekan sambil membuatkan kulit segar sepanjang hari.

Gel pembersih wajah Safi Rania Gold

Sesuai untuk kulit kering. Ia lembut pada kulit kerana tidak menghakis emolien semula jadi kulit setiap kali mencuci muka.

Skrub wajah Safi Rania Gold

Ia membantu menanggalkan sel kulit mati untuk menyerlahkan kulit yang sihat berseri. Gunakan dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil ketara.


Penyegar Safi Rania Gold

Ia dirumus dengan air mawar bagi membantu menyediakan kulit untuk menyerap lembapan secara optimum. Gunakan penyegar selepas membasuh muka.

Krim kontur mata Safi Rania Gold

Serlahkan kecantikan mata dengan sapuan krim ini siang dan malam.

Krim pelembap siang Safi Rania Gold dengan SPF20PA++

Ia membantu menangani masalah bintik penuaan dan warna kulit tidak sekata, menjadikan kulit cerah dan sihat berseri.

Krim pelembap malam Safi Rania Gold

Kulit kelihatan lebih remaja dan berseri bila bangun setiap pagi.

Krim kecantikan Safi Rania Gold

Ia membantu melenyapkan bintik penuaan dan garis halus. Krim ini boleh digunakan sebagai asas mekap.


post signature

post signature

Kongsi Resepi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...