Thursday, February 28, 2013

Cheese Powder

*sticky post

3 Langkah Mudah :-

1
ORDER
Email ke zura1827@yahoo.com utk pertanyaan harga..
Jika confirm nyatakan berapa kuantiti yang nak.. 
2
BAYAR
Buat bayaran ke salah satu akaun yg diberi (maybank@cimb)
3
POS
 Setelah pengesahan bayaran dibuat, proceed pos barang..
No track akan diberi..


MAKLUMAN & PERINGATAN !!!
 
Barang akan dipos setelah bayaran diterima..

Customer dinasihatkan utk follow-up dgn kurier jika brg anda tak sampai lebih dr 3 hari..
No track akan diberi setelah pengeposan brg dibuat.

And... tolong lah msg or email sy kembali jika brg anda dh selamat sampai di tgn anda..

~Terima Kasih~

Friday, February 8, 2013

Ayam Lemon

Assalamualaikum...

Baca memolek.. Ayam Lemon bukan Ayam Leman..
hehehe..

Yeay.. esok cuti sudah...
dh siap persediaan nk raya?.. hehehe..

Ayam Lemon ni buat aritu lg dah..
tp malas nk update..

Saya mmg sgt suka ini ayam..
masam lemon tu mmg ngam sungguh dgn ayam..
yg disalut dgn tepung..
fuhhh... meratah pon x hengat..

Utk resepi nnti aku update eh...

Ayam Lemon

Isi ayam + halia tumbuk - gaulkan dan perap

Tpg jagung + garam + telur - satukan

Gaulkan isi ayam dlm adunan tpg jagung..goreng garing..Toskan..

Sos lemon : 4 sb jus lemon
5 sb gula - kurangkn jika xsuka manis
3 sb tpg jgung
Air secukupnya

Masak semua bahan hingga agak pekat.
Curahkan atas ayam tadi.. Siap!..

*saya guna tepung BESTARI je utk salutan isi ayam tu
*bahan utk sos sy anggar je..xikut sukatan di atas..sy ikut citarasa sy

SELAMAT MENCUBA



 tata~

Sakit itu penghapus dosa..

Assalamualaikum...

uhuk .. uhuk..
diri diserang demam, selsema dan sakit tekak..
dan skrg mcm nk batuk kering..
gatal je tekak nie.. huhuhu..

Org cakap.. sakit itu penghapus dosa..
alhamdulillah..
semua adalah ujian Allah..
insya Allah masih blh bertahan dgn dugaan ini..

Sedikit perkongsian utk peringatan diri sendiri..

Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)

Jangan dicela sakit yang menimpa. Ambil penyakit itu sebagai peringatan. Sesungguhnya kita ini manusia yang lupa, dan sakit bencana yang menimpa itu untuk peringatan.
Dan tidaklah peringatan itu tiba dari yang bukan memerhatikan. Maka ketahuilah bila anda sakit, Allah hakikatnya sedang memberikan perhatian kepada anda. Bukankah itu satu kemuliaan?

Tetapi bagaimana kita melayan sakit kita? Bagaimana kita berhadapan dengannya?
Ada antara kita menyumpah Allah kerana menyukarkan kehidupan kita.
Namun Allah SWT berfirman:

“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” Surah Asy-Syura ayat 30.



Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 orang malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.



Wallahualam...

Tuesday, February 5, 2013

Monday, February 4, 2013

Salahkah Lewatkan Solat Untuk Bekerja?

Assalamualaikum....

PERINGATAN UTK DIRI SENDIRI.. 


Peringatan besar buat para pekerja di dunia ini !!

Sekiranya telah masuk waktu solat, BERHENTI BUAT KERJA seketika !!
BERHENTI BUAT KERJA seketika !!


Fokuskan tumpuan anda untuk laksanakan Solat !!


“Tapi aku busy, aku kena siapkan kerja dulu ! kalau tak siap, macam mana nak dapat rezeki untuk sara family aku? Lagipun,banyak masa lagi.. nanti aku solatlah..”

Sampai hati anda mengeluarkan kata-kata sebegitu!!
Anda Lupakah?! Siapa yang beri REZEKI @ KEJAYAAN ??


“ ALLAH !! ”

Ya.. Sudah pasti !! Allah yang Maha Kaya itulah yang memberi rezeki kejayaan buat para pekerjaNya. Maka,solatlah..
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقاً نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى
“Dan perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu,bahkan Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.” (20:132)
Semua pekerja akan berjaya.. Berjaya di dunia dan akhirat! Tapi dengan satu syarat!
“Bekerja mengikut apa yang Allah suruh & Tinggalkan apa yang Allah larang! Tanpa bantahan!” Solat merupakan salah satu daripada perintah Allah!
Mudahnya, “Siapa serius mendirikan Solat,dia akan kekal Berjaya!”
Allah sudah janji..
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
(yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam solat, (23:1-2)
Anda faham bukan??
Maka..


JANGAN HARAP KEJAYAAN AKAN DATANG kepada kita
andai solat yang merupakan perkara asas dalam mentaati perintah Allah,
DITINGGALKAN..
atau DILEWAT-LEWATKAN..
atau DIPERMAIN-MAINKAN..
……………………………………………………………………………………………………………………….


“Tapi kenapa orang bukan Islam yang tidak solat itu boleh berjaya?”

Terima kasih atas soalan itu..

Jawapan saya mudah,

“Orang bukan Islam suka DUNIA tetapi tidak suka AKHIRAT.. lalu Allah bagilah mereka DUNIA. Sebaliknya,Orang yang betul-betul Islam suka akan DUNIA & AKHIRAT.. lalu Allah bagilah mereka kedua-duanya.”

Orang yang tidak beriman dengan Allah dan akhirat,sanggup bekerja siang dan malam semata-mata untuk DUNIA.

Tidak kira susah atau mudah,semua kerja akan diusahakan agar dapat berseronok di dunia. Dengan izin Allah,mereka dapat kejayaan dunia itu. Bukankah rasulullah s.a.w sudah berpesan ;

“Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan Syurga bagi orang kafir.” (Riwayat Muslim)
Begitulah.. Orang bukan Islam akan fokus dengan Dunia.Lalu apabila sudah penat bekerja untuk dunia, Allah akan bagi mereka peluang untuk berehat di dalam Neraka buat Selama-lamanya!

Rehat sepuas-puasnya!

Adakah kita yang bergelar Muslim ingin menjadi seperti mereka??
Bekerja keras semata-mata untuk Dunia?? Tidak mahu solat? Lewat-lewatkan solat? Fikir-fikirkan..


Ingat.. Jangan sesekali kita minta dunia sahaja! Mintalah DUNIA untuk tujuan akhirat !!
فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ
Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia”, dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat nanti. (2:2000)
وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dpd siksa neraka.” (2:201)
Pelajar juga adalah pekerja.
Peringatan ini juga khusus untuk para pelajar kerana mereka turut termasuk dalam kelompok yang bekerja. Tidak kira pelajar PMR,SPM,STPM,MATRIKULASI,ASASI,DIPLOMA,IJAZAH,MASTER mahupun PhD, mereka semua adalah pekerja yang bekerja untuk menyelesaikan tugasan pendidikan.

Periksa diri masing-masing..
Adakah disebabkan sibuk belajar atau mengulangkaji pelajaran..

anda selalu tinggalkan solat ??
atau anda selalu lewat-lewatkan solat terutama solat subuh??


Dalam erti kata yang mudah,anda tidak serius menjaga solat??
Jika jawapan jujur kita adalah “YA”..

Bagaimana Allah hendak memberi kejayaan kepada kita??

Beringatlah.. kadang-kadang kita sibuk berusaha supaya berjaya,

Tapi kita langgar perintah Tuhan yang memberi Kejayaan.
Lalu Layakkah kejayaan itu muncul??

Mahu berjaya ketika bekerja? Maka seriuslah dalam Solatmu..

[sumber : sini]

Wednesday, January 23, 2013

PCOS

Assalamualaikum..

Just wanna share this info..
Saper2 ada pengalaman menghadapi masalah ni..
boleh la share..

Zura sendiri belum dikurniakan zuriat...
so sedang berusaha dan ikhtiar..
Zura sendiri x tau ada PCOS ke tidak..
last treatment di HTAA..
Doktor tak de plan detect PCOS..
wallahualam..

Polycistic Ovarian Syndrome atau Polycystic Ovarian Disease terbentuk daripada manifestasi beberapa cysts yang meliputi ovari. Ia kelihatan seperti telur-telur halus. Keadaan ini diikuti oleh ketidakseimbangan hormon dan ketidakseragaman ovulasi dan haid.


Apakah gejala-gejala PCOS?

- Kegagalan ovulasi
- Jerawat
- Obesiti
- Haid yang tidak teratur
- Fasa luteal yang terganggu
- Tiada haid
- Hirsutism (pertumbuhan rambut pada kulit)

Bagi kes yang teruk, keseluruhan gejala-gejala ini akan muncul. Bagi kes sederhana dan ringan,sesetengah gejala sahaja yang akan kelihatan.

PCOS ni ambil masa untuk hamil bila pakai lumiglow. Kebanyakan pakai lebih dari sebotol. ada yang sampai 4 atau 5 botol pakai baru dapat positive urine pregancy test.. :-)
 
Sekarang Zura tgh ikhtiar dgn produk Lumiglow..
ada sesiapa yg dh pernah cuba dan berjaya???..

Doakan semoga ia nya berhasil ye..
Thanks... Love u all.. ♥

Tuesday, January 22, 2013

Jumpa tokei Secubit Garam..

Assalamualaikum...

Sabtu lepas, 19hb Jan.. 
aku ada datim dgn someone special..
kalau blogger masakan.. pasti kenal.. hehehe..

pinjam gambo kak nor ye.. :)
Masa ni hujan..
dan kak nor pon dh bersiap nk g rumah seseorg..
so kelam kabut ler berjumpa pon..
sempat la laga2 pp.. hehehe..

Seronok dpt jumpa kak nor..
walaupon sekejap..
punye excited nk jmpa kak nor mlm tu..
brg yg sepatutnya kak nor order aku lupe bawak..
adoi la..
tp buah tgn utk kak nor aku ingat sgt nk bawak..
hahahaha..
sabo je la.. sorry ye kak..
nnti kita jmpa lg..

*teringin nk menjengah rumah baru kak nor.. ;)

Thursday, January 17, 2013

Roti.... Roti... mcm iklan pulak..

Assalamualaikum..

Dulu masa sebelum ada BM..
asyik berangan je nk buat roti ini itu..
skrg dh ada BM.. bila la angan2 tu nk jadik kenyataan..
huhuhu.. teruk betol..

Aritu.. ternampak tepung roti..
(nmpk sgt dh lama x meroti)..
risau tepung tu bertukar menjadi naga 
(terbawak2 plak drama Merlin)..
aku pon godeh la buat roti..

Dan memandangkan kt peti dh ada adunan bwg putih+rosemarry
lebihan buat garlic bread cicah mushroom soup..
aku pon sapu je atas roti .. hehehe.. aci?.. :D


ROTI MANIS LIZA
(resepi dari FB~owner Liza)

Bahan:
500gm tpung roti 
 100gm gula kastor
40gm susu tepung
1st bread improver optional
11gm yis atau sepeket yis
sebiji telur cmpurkan dgn air sejuk 265gm
80gm butter
1st bread softner

Cara:
Cmpur bahan kering dan masuk bahan cecair 
Uli sebatikan dan masukkan butter dan uli hingga doh licin dan elastik
perap 30minit buang angin.
bentukkan dan perap hingga naik 2x ganda
bakar suhu 180c


*aku sumbat masuk BM je.. :)

OK selamat Mencuba...

Wednesday, January 16, 2013

Daging Blackpepper

Assalamualaikum..

Lambatnya update resepi daging blackpepper nie..
ada ramai tnye resepi kt FB..
sorryyyyy..

Resepi ni main tibai je..
ikut suka2 hati nk campak apa.. hehehe..

Daging Blackpepper

Bahan :
Daging - secukupnya
Bawang besar - hiris kasar2
Cili kisar (cili kering)
Sos Tiram
Kicap manis
Kicap masin
Lada Hitam - ditumbuk kasar
Bawang Holland (kuning) potong bulat
Capsicum

Cara:
Goreng daging separuh masak. Angkat dan tos.
Tumis bawang besar dan masukkan cili kisar.
Masukkan sos tiram, kicap masin dan kicap manis ikut citarasa.
Tp jangan la byk sgt.. nnti masin sgt..
Masukkan daging tadi.
Masukkan air..agak2 cukup utk empukkan daging tu..
Dah hampir nk kering, masukkan bawang besar yg dipotong bulat dan capsicum.

~Selamat Mencuba~

1st Trial ~ Pavlova

Assalamualaikum..

Ketinggalan ketapi sungguh..
org dh sakan dgn pavlova..
aku baru nk cuba.. hehehe..
xpe la.. asalkan dh cuba kan..

Untuk resepi.. aku guna resepi sifu ku..

Thanks kak.. :)

PAVLOVA

100 gm putih telur
180 gm gula castor
1/2 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu teh cuka buatan
1/2 sudu teh esen vanila

Mix putih telur dengan gula castor hingga kental.  Masukkan tepung jagung, cuka dan esen dan putar lagi hingga kental.  Bakar di dalam oven dengan suhu 120'C sahaja selama 1 jam.  Bila dah masak, tutup api dan biarkan pavlova di dalam oven selama 1 jam lagi sebelum dikeluarkan. 

Untuk topping boleh guna whipped cream dan buah2an yang masam sedikit so balance rasa manis pavlova tersebut.

~Selamat Mencuba~

Monday, January 14, 2013

Tak serupa tapi mcm sama.. kan kan kan..

Assalamualaikum,

Silap sudaaaaaaah...
ingatkan sama rupanya spesis lain2 ok..
hahahaha..


Haaa.. mana satu water chestnut?.. arrowhead?..

Adoi.. aku pon sudah terkonpius..
mujur ada kawan2 yg bgtau..

Atas tu yg putih adalah arrowhead..
and yg bawah ni pulak water chestnut..

Yang dipanggil sengkuang cina adalah water chestnut..
pada entry aku yg lepas tu.. buah Ngaku atau arrowhead..

Water chest nut ni kalau x silap aku..
yg org wat red ruby tu kot..
betoi dak nie.. kang salah info lagi.. wakakaka..

sumber : sini
Kalau arrowhead/ngaku dikatakan hanya ada pada musim raya cina...
adakah water chestnut ni pon ada musimnya?..
saper leh jawab?.. hehehe..

Kongsi Resepi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...