Monday, May 17, 2010

Apa punca mengantok???... tips menarik... yuk tgk..

Mengantok... aku sgt mengantok.. hari2 kt opis aku mengantok.. oh tolong lah...

Now musim kebizian kt opis dh kureng skit.. kureng erk bukan x de keje langsung taau.. kena paham betol2 tu.. eekeke.. so dok melayan internet sampai dh x tau nk layan ape lg.. biler dh tersadai je kat kerusi opis yg x berapa nk empuk ni.. apa lagik... huaaaarrggghhh... lopong mulut menguap.. sampai mengalir air mata dok menahan mengantok ni.. huhuhu..

Aku pon godeh mr google pasal mengantok nie.. apa laa agaknyer punca mengantok erk... jom kite terjah... ekeke..

*sumber : http://gediq.com/tips/masalah-badan-letih-dan-cara-mengatasi

Hairan ya tidur sudah cukup.. Makan pun sudah… Minum pun sudah.. Tak pula melakukan aktiviti lasak.. kenapa ya?

Mengapa badan kamu terasa cepat penat, tidak bertenaga, lesu dan mengantuk ketika di sian hari? Apakah punca ini dan bagaimana untuk mengetasi badan letih dan ?

Ada beberapa sebab yang menyebabkan badan cepat letih dan mengantuk di siang hari.

1-Sensitiviti Elektrik

Terasa seperti tidak cukup tidur, sakit kepala, pening dan penat boleh disebabkan kerana kamu di kelilingi alat-alat elektrik. Ada fakta menyatakan bahawa sensitiviti elektrik mempengaruhi 35% terhadap populasi dunia. Sensitiviti elektrik mempengaruhi sistem semulajadi badan. Tanpa di sedari penyebabnya adalah seperti meletakkan telefon bimbit di sisi katil,penggunaan pengering rambut melebihi 10 minit, meletakkan jam digital bersebelahan ketika tidur dan terlalu dekat dengan skrin komputer.

Cara mengatasinya badan letih akibat sensitiviti elektrik ialah gantikan digital kepada jam analog, guna monitor komputer jenis LCD, alihkan alat-alat tanpa wayar ke bilik berasingan.


2-Diabetes tanpa Sedar

Mengikut Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati lebih kurang 500,000 wanita tidak mengetahui mereka mengidap diabetes. Menurut pakar pemakanan, diabetes terjadi apabila terdapat banyak gula dalam darah yang tidak diperlukan oleh tubuh. Apabila glukosa tidak ditukarkan kepada tenaga sama ada disebabkan insulin yang tidak cukup atau insulin tidak bekerja dengan betul menyebabkan hati mengeluar glukosa berlebihan dan badan tidak mampu menukarkan kepada tenaga kemudian memecahkanya menjadi lemak dan protein yang menyebabkan lebih banyak glukosa terhasil. Simptom diabetes ialah kencing kerap dan cepat dahaga badan pula menjadi mudah letih dan lemah.

Cara mengatasi maslah badan letih disebabkan Diabetes ialah cuba ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan memastikan adakah anda berkebarangkalian mengidap diabetes, lakukan ujian darah untuk mengukur tahap gula dalam darah. Ketagihan memakan makanan yang manis dan berlemak sebelum kedatangan haid juga antara petanda kamu mengalami ketidakseimbangan kadar gula dalam darah. Makan setiap 3 jam dan jauhi roti, yogurt buah, jus, rokok dan kafein. Banyakkan mengambil makanan laut, telur, sayur sayuran hijau dan buah seperti buah pear, anggur, pic dan kiwi. gantikan pasta dengan beras perang, bubur dan bijirin.


3-Makan Tengahari

Makan yang tidak menentu dan tidak teratur menyebabkan kita mudah marah dan keletihan. Amalan pemakanan yang tidak teratur mempengaruhi tindak balas imunisasi yang mengurangkan amaun tenaga dalam badan. Makan tengahari tidak harus diambil terlalu berat kerana mendorong perasaan malas dan mengantuk.

Cara Mengatasi badan letih ialah makan tengahari bukan untuk mengenyangkan tetapi untuk meneruskan aktiviti seterusnya. lebih baik mengambil makanan berat ketika bersarapan dan jangan sesekali meninggalkan sarapan anda. Elakkan lauk pauk yang berlemak dan berkolestrol. Ambil buah buahan selepas makan untuk menyegarkan badan.


4- Masalah Ginjal

Masalah ginjal boleh mnyebabkan (kurang darah merah) seterusnya membawa keletihan.

Cara Mengatasi ialah berbincanglah dengan doktor jika anda mengalami masalah ginjal juga merangkumi tiroid kerana tiroid juga boleh membawa kepada keletihan. Elakkan pengambilan kafien dan alkohol dan banyakkan mengambil makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan,ikan dan rumpai laut.


5- Kekurangan Zat Besi dan Vitamin B12.

kekurangan zat besi dan vitamin B12 boleh membawa kepada penyakit . B12 pula berfungsi dalam sisitem darah iaitu membantu membawa oksigen ke serata badan. Manakala zat besi untuk penghasilan darah merah.

Tanda-tanda pengidap ialah kulit kelihatan kekuningan, tetapi jika kamu letih dan cepat emosional cubalah mengambil vitamin B12.

cara mengatasi jika kekurangan zat ialah dengan mengambil vitamin tambahan seperti multivitamin dan sebagainya.


6- Cara Senaman

Senaman memang bagus untuk badan namun jika waktu yang dilakukan itu tidak kena boleh menyebabkan keletihan kerana kamu kurang tenaga dan kesan pada keesokan harinya.

ialah dengan bersenam seperti berlari,berjalan atau aerobik diwaktu pagi dan pada malam hari boleh lakukan senaman seperti berjalan sekeling rumah atau yoga. Ini Dapat melegakan minda dan otot-otot. Jika kepenatan, lakukan sahaja senaman ringan sekitar 30 minit yang mampu meransang tenaga dalam badan.


7- Tekanan

Sebenarnya jika kita mengalami tekanan akan memberi efek terhadap tubuh juga. Anda mengalami tekanan mungkin di sebabkan malasah-masalah seperti berikut iaitu kurang motivasi, tiada keinginan terhadap seks, dan juga mengalami turun naik berat badan yang tidak seimbang.

akibat tekanan boleh di pulihkan dengan berjumpa doktor pakar mengambil antidepressants, sesi terapi atau kedua-duanya. Cognitive behavior theraphy (CBT) boleh membantu mengubah cara pemikiran seseorang. Dengan membantu mengubah fokus otak melalui tabiat baru. CBT membantu kamu mengawal stress dan tekanan. Therapi ini selalunya dilakukan seminggu sekali selama 6 minggu.


So kawan2.. dh tau punca2 mengantok... huhuhu.. harap2 bukan la disebabkan oleh penyakit erk.. mintak selisih... dh tu aku ni ngantok sebab ape ye?... ermmmm... pikir2kan lah...

Camner plak nk hilangkan rasa mengantok ni ye.. ekeke.. aku terjumpa link ni yg maybe boleh bantu aku dan kawan2 semua hilangkan rasa ngantok... ada berani nk cuba??? hahahahahaha....

*sumber : http://ibnismail.wordpress.com/2008/07/16/cara-menghilangkan-mengantuk-dan-tekanan/
Di sini terdapat beberapa langkah senaman yang boleh menghilangkan rasa mengantuk dan tekanan. Kepada mereka yang selalu rasa mengantuk ataupun tengah mengalami tekanan, Sila ikuti dan lakukan senaman ini. Selamat Mencuba!!

LANGKAH 1


Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan.

LANGKAH 2


Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..

LANGKAH 3


wa..wa..aaa

LANGKAH 4


Gerak kekanan kemudian ke kiri..

LANGKAH 5


Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..

LANGKAH 6


Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..

LANGKAH 7


Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..

LANGKAH 8


Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…

LANGKAH 9


Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..

LANGKAH 10


Hilangkan semua tekanan…

LANGKAH 11


pusingkan kepala…

LANGKAH 12


tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

LANGKAH 13


Akhir sekali lakukan joget kucing…

Hahahaha.. aku plg x tahan langkah 6.. ada ke patut.. cam nk membunuh je namanyer... ekekeke.. gelak guling2 kejap... but x salah nk cuba langkah2 yg lain... tp pastikan x de org lain yg nmpk.. kang depa dok bantai gelak pulak tgk korang dok bergelek sana.. goyang sini.. kah kah kah...

post signature

post signature

Cheese Tart...

Mata dh ngantok... tp kena tunggu cheese tart sejuk dulu baru leh packing... en suami dh nyenyak tido... alhamdulillah hari ni cuaca mendung and sejuk dari biasa.. TQ Allah..

Ok.. dh siap packing cheese tart utk tempahan dan utk jualan..


Jom tidoooooooooo... =)

post signature

post signature

Sunday, May 16, 2010

Teh Botol dalam Kotak???..


Hahaha.. Teh Botol tapi dalam kotak.. camner tu?... ekeke.. ni air yg adik aku order masa kami lunch kt restoran ayam penyet kt Sunway Piramid aritu.. aku x rasa pon tp aku tau sure x sedap.. muaahhaaaa..

Ni semua gambo dalam Sunway Piramid.. masa last week aku, suami, mak dan abah ke rumah adik di Shah Alam.. adik bawak g jalan2 kt situ.. aku ni kalu x de org nk bawak sure laa sampai sudah aku x jejak.. ekeke.
.


mak dgn abah x lepaskan peluang bergambar berdua.. ekeke..

post signature

post signature

Panasnyer cuaca skrg... huhuhu..

Salam..

Sejak kebelakangan ni.. cuaca kat Kuantan teramat panas.. cuaca kt tmpt korang camne? Kat sini mmg susah sgt nk ujan.. kalu ujan pon.. bahang panas masih terasa.. pelik kan.. mcm arini.. mendung je cuaca.. tp x ujan2 pon.. panas lg ada.. angin langsung x de.. huhuhu..

Biler cuaca panas camni.. nk keluar rumah pon malas.. nk wat keje pon malas.. sebab berpeluh2 sampai lencun satu baju.. sehari je ntah berapa kali tukar baju.. baju yg jemur kt ampaian pon sekejap ke kering..

Now, tempahan aku x laa bnyk sgt.. cuma ada jugak sekali sekala dalam seminggu tu.. hari ni Yunie dari KL ada menempah sebijik Black Forest Cake 1kg dgn Marble Cheese Brownies.. dia nk sambut hari Ibu bersama keluarganya di Kuantan.. ramah jugak Yunie.. seronok plak berborak tadi.. ekeke.. Yunie pon minat baking yaa... kalu nk tnye soklan yg senang2 leh laa zura tlg jawabkan.. tp kalu soklan advance sgt pasal baking ni.. zura sendiri pon masih belajar.. huhuhu..

So besok nk mengadun cheese tart.. ada member yg order.. harap2 ada laa harapan nk hujan kt sini.. baru best skit nk baking.. ekeke..

Chow.




post signature

post signature

Wednesday, May 12, 2010

Blueberry Cheese Cake tempahan Eta Kamar... entry lama jugak daaa...


Hari ni edisi upload gambo2 yg dh lepas je.. now br ada masa nk upload skit2... Yg ni Blueberry Cheese Cake tempahan Eta Shahputra.. utk sambutan hari lahir anak teruna nyer dan sekaligus hari lahir en suaminyer jugak.. kek ni diangkut Eta ke Felda Chini utk disambut bersama2 keluarga di sana.. Kebiasaan aku buat kek ni 1/2kg je.. sekali Eta nk tempah 2kg.. hambek kooo.. pengsan jugak aku nk keje kan.. ekeke.. telur 16bijik oooo... pueh aku nk putar egg white sampai ringan..

Aku cakap rege aku bagi tu utk kek togel.. means kek tu tidak dicover dgn ape2 cream.. hanya curahan blueberry... tapinyer aku ni jenis sedih plak tgk kek tu togel.. so ku putar plak fresh cream.. diulangi ye.. FRESH CREAM.. bukan buttercream tau.. ku salut tipis di sisi kek.. harapanku cuma satu.. pelanggan puas hati.. TQ Eta ye..

post signature

post signature

Kek tempahan ustaz madi.. baru nk upload daaaaa...


Kek ni ditempah oleh Ustaz Asmadi Kolej Shahputra.. ustaz nk bagi kat taska anak dia sempena sambutan hari lahir anaknya 'Adl Zahin yg ke 2 tahun...

Sponge cake dilapisi choc fresh cream.. TQ ustazzzzzzz... syukrannnn syukraaannnn.. =)

post signature

post signature

Sikap Manusia yg boleh menyebabkan kemalangan jalanraya..

Hari ni nk wat research skit pasal kemalangan jalan raya.. aci? ekekeke..

Zaman skrg.. org memandu kereta atau menunggang motor tersgt laa tidak berhati-hati.. sebab tu kita kena sentiasa memerhati keadaan sekeliling kite semasa memandu/tunggang motor.. kadang2 kemalangan berlaku bukan kerana silap kita tapi silap org lain..

Pagi tadi semasa aku on d way ke opis.. ada sikap manusia yg membawa kereta dgn cara yg salah dan berbahaya sgt.. memula sekali aku terserempak dgn sebuah kereta Wira dipandu seorang wanita umur sekitar 40-an.. simpang 4.. aku dilaluan jalan lurus.. dan wanita ini dari kiri nk terus ke kanan (korang paham dak? kalu x paham wat2 laa paham).. korang tau ape wanita ni buat.. dia dgn selamba badak.. keluar dari simpang tu dan berada di tgh2 laluan jalan lurus tu.. so semua kereta x boleh lalu sbb di 'block' oleh kereta wanita nie.. at last, ada sebuah kereta dipandu lelaki terpaksa memberhentikan kereta utk bg laluan sbb risau agaknyer tgk dia dok tgh2 jalan tu.. ish ish ish.. be patient okay.. wait for ur turn laaa.. bahaya buat cenggitu.. kalu ada kereta bawak laju.. terus je hentam.. huhuhu

Lagi satu.. aku dh berada di jalan besar (highway) nk ke pejabat.. secara tiba2.. sebuah Kancil yang dipandu lelaki maybe usia lingkungan akhir 40-an atau awal 50-an dari simpang kiri.. terus keluar dan masuk terus ke jalan besar.. padahal laluan utk dia memperlahankan kenderaan sebelum masuk simpang dh ada... stay laa laluan tu dulu.. tgk dh clear baru masuk.. korang bayangkan laa.. sedang aku asyik drive jalan lurus.. tetiba kete tu masuk depan kete aku.. x ke cuak giler aku.. kalu aku tekan brek dalam2 sure menyasar kete aku.. so aku mengambil tindakan mengelak ke kanan.. nasib baik kete di laluan kanan tu jauh lg.. kalu dak.. ermmm... pikir2kan lah..

Dan yg paling aku sakit hati.. sikap manusia yg pemalas nk bg signal.. susah sgt ke nk bagi signal??? bukan kena bayar pon.. tau dak ape fungsi signal tu???.. kalu signal tu x de fungsi.. baik x yah letak signal kt kete.. wat menyemak je..hish!apalaa.. korang sakit hati dak... korang nk keluar simpang.. korang tgk jalan dh clear tp ada sebijik motor ni cam nk jalan terus.. so korang x leh laa keluar simpang tu.. tapi tiba2 motor tu leh selamba gajah masuk simpang rupenyer (tanpa bg signal ye! ).. kalu aku tau dh awal2 aku keluar simpang tu.. hampeh malaun sungguh!.. dh terpaksa tunggu lagi dan lagi dan lagi..

Ermm.. so nk ubah sikap manusia ni mmg susah.. dari dulu penyakit SIKAP ni mmg susah nk dipulihkan.. ape yg kite boleh buat.. hanya berhati-hatilaah selaluuu... org lain malas nk bagi signal kite kena laa rajin bg signal.. org lain dok julur kete ke depan.. kiter beralah aje laa.. kadang2 ego manusia ni pon penyebab kemalangan jugak.. kite amik ikhtibar dgn setiap kemalangan yg berlaku.. jgn jadik pada kite atau keluarga atau kawan2 kite.. saling ingat mengingati.. okay..

Bye.

post signature

post signature

Tuesday, May 11, 2010

~not feeling well

Salam semua..

Apa laa nk dibebelkan dlm blog ni kan... x dak idea.. dan x dak mood.. aku baru balik dari Shah Alam.. dai Jumaat lepas sampai Isnin.. stay umah adik bongsu kt Setia Alam Shah Alam.. seronok sgt..

Jumaat - terus ke Ikea.. beli brg2 yg kawan2 pesan..brg sendiri x de pon.. huhuhu.. sbb menumpang umah mak abah so brg2 semua dh complete.. kalu dibeli lg.. wat menyemak rumah je.. so cuci mata je laaa... adik belanje makan kt foodcourt Ikea tu.. meatball dia sesungguhnyer sgt sedap.. yg lain2 x sedap pon.. huhuhu..

Sabtu - ke Sunway Piramid.. bukan shopping tp cuci2 mata lagi.. ekeke.. x reti laa aku nk shopping tmpt org ni.. hahaha.. jakun sungguh kan.... lunch kt Restoran Ayam Penyet.. sedap jugak.. suka laa tepung dia tu.. rangup.. tp lawak je.. semua penyet.. telur penyet.. tempe penyet.. tauhu penyet.. aduhai.. hahaha.. malam kami ke umah sepupu kat Putrajaya plak.. seronok sgt jumpa sedara mara.. kebetulan ayah sedara dari JB turun KL dan ada sekali mlm tu.. sampai aku lupe nk snap gambo.. sbb seronok sgt berbual.. huhuhu..

Ahad - jalan2 kt Plaza Alam Sentral.. dpt beli cardi yg menawan kelebu.. wow.. seronok.. dh lama idam nk beli cardi.. kallu beli online mahal sekali dgn pos.. so beli terus kan lg murah.. shukeeeeeeeeeeeeeee... ptg tu dh start rasa x sedap badan.. tekak perit.. adik ajak dinner kt restoran steam boat kt pasaraya Tesco Setia Alam.. sedap walaupon badan dh nk start demam.. pi naik Tesco sat beli air cap badak and 100plus..

Isnin-dalam kul 9.3-pg kami gerak balik Kuantan.. P.E.N.A.T !!! D.E.M.A.M !!!

:(

post signature

post signature

Thursday, May 6, 2010

~Love Mak & Abah..

Mood Status : So bored!

Tak sabar nk g Shah Alam.. insya-Allah besok nk gerak ke sana.. umah adik. Saje bawak mak abah jalan2.. sementara aku tgh free nie.. kebiasaannyer, lepas aku abis final exam.. aku dgn asben akan plan pegi bercuti berdua.. last percutian kami ke Cameron Highlands.. mmg romantik dan best giler..

16hb April 2009

But for this time.. aku dan suami x de planning bercuti berdua.. sebabnyer.. ekonomi x berapa nk stabil lorrr... sob sob sob :( .. maybe next time kalu dimurahkan rezeki.. insya-Allah..

But (again!).. aku tetap hepi sbb leh bawak mertua ke Seremban aritu.. dan blh bawak mak abah aku ke Shah Alam plak.. saper lg nk bawak diorg berjalan selain dari anak2.. betol dak?... selagi aku masih mampu nk bawak diorg jalan2.. insya-Allah.

Aku mmg seringkali mengikut/membawa mak abah ke mana2.. adik beradik ku yg lain semua sibuk bekerja.. so aku terpaksa banyak berkorban utk mereka.. alhamdulillah suamiku amat memahami.. aku jugak x pernah abaikan ibu mertuaku.. aku kerap ke sana dan membeli brg2 keperluan semana yg aku mampu..

Pada aku.. ibu bapa adalah insan yg palinggggggg patut disayangi.. tanpa didikan dan perhatian mereka.. agaknye apa jadik pd kita semua.. aku bersyukur mak abah masih lg ada di dunia ini.. sedih mendengar berita kwn2 yg sudah tiada ibu atau bapa atau keduanye.. :(

Kepada kawan2 yg masih ada ibu atau bapa atau keduanye... jagailah mereka sebaiknyer.. sibuk bagaimanapun keje kite.. pastikan ada sedikit masa utk kite menjenguk dan bertanya kabar mereka.. jangan nanti kite menyesal setelah insan kita sayangi itu meninggalkan kita selamanyer.. aku x sanggup rasanyer nk menghadapi hari2 yg menyedihkan itu..kita merancang Allah menentukan semua.. wallahualam :(

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ayah Dan Ibu

Artist: Sudirman
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

post signature

post signature

Kongsi Resepi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...