Sunday, December 5, 2010

Artis Malaysia Zaman Muda Remaja


Masa dok jalan2 kt mukabuku..
tertarik dgn artikel dari Oh!Media dlm group Oh!Artis
pasal gambar2 bbrp artis dulu2..
Saper yg dh tgk tu..
pi main jauh2...
syuuhhhhhhhh... ^_^

Dulu dan skrg sama je seksinyer artis nie..
tp lawak betol fesyen2 diorg tu..
ekekeke..
kalu diorg tgk balik gambo2 diorg ni..
sure gelak guling2 kan..
hahaha..

Dari kiri:3-Kuza , 4-Umi Aida , 7-Irene Santiago,8-Ogy, 9- Jasmin Hamid


Dari Kanan : 1-Sofea Jane, 2-Jasmin Hamid, 3-Ummi Aida, 5-Ogy


Tengah :Aleeza Kasim


Paling aku rasa berbeza sgt..
yg nie..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Rozita Che' Wan - ada serupa???.. ^_^


[ Credit to Oh!Artis ]

*aku baca semula kt website Oh!Artis tu..
yg dikatakan Sofea Jane dgn Ogy adalah salah..
ekeke.. yg seiras Sofea Jane tu Jasmeen Dillon
and seiras Ogy tu Susan Roses..


Saturday, December 4, 2010

Udang Masak Lemak Putih bersama Cendawan Tiram

Wah.. panjangnyer nama lauk nie..
sedap weh layan lauk ni musim2 sejuk nie..
lawan pulak dgn Ikan Tongkol masak sambal..
buat pulak telur dadar boh mayonis..
perghhhhhh..
lg lama musim ujan lg gomok laa aku makan selera sgt..
huhuhu..

Aku buat kelainan pada lauk lemak putih nie..
tu pon sbb aritu makan kt Restoran Santai kt Tjg Lumpur..
dia masak lemak putih udang boh serai dgn petai..
punyer laa sedap...
and dia guna bawang merah kecik2 belah dua je..
Asben aku siap pesan..
nnti nk masak lemak putih blh laa wat camni..

Tp aku x pasti laa kot2 ada antara korang mmg dh guna cara nie..
ekekeke..
Cuma lauk ni aku x boh petai..
x de stok..
and aku masak udang tu dgn cendawan tiram..
mmg ler menawan hati..
layan nasik sampai lupe berapa kali dh tambah..
hahaha..

~Ikan siakap dan tom yam

Ini menu semlm..
baru arini ada mood nk upload..

Biler tgk kes2 menCIPLAK nie kan..
terdetik kt hati aku..
aku pon x berapa reti masak..
pulak tu.. snap gambo punyer la x lawa..
tp ada hati jugak nk publish kt blog kan..
huhu..


Tapi sekurang2nya aku x curi karya org lain..
resepi tu mmg laa dh tentu aku copy..
but dari segi gambo..
mmg aku guna sendiri punye..
biar pon gambo aku tu blur.. tonggeng terbalik..
ye laa.. guna digital kamera biasa je..
x mampu nk beli DSLR..
so aku bangga dgn ape jua rupe masakan aku..
Ada aku kesah org nk cakap gambo2 masakan aku semua x lawo..
hahaha..

Ok.. ni nk share
gambo ikan siakap aku yg posing terbalik..
hahaha..
Aku salut ikan dgn tepung ubi...
then goreng garing..
aku tambah pulak telor mata goreng,kentang goreng dgn bawang besar..
pehtu buat je laa sos dia.. curah..
makan panas2 mmg menyelerakan..

Ni pulak tom yam putih..
guna perencah adabi tu je..
kan aku dh cakap..
aku bkn reti sgt memasak nie..
guna yg instant je..
huhu..


Nk buat ape dgn cream cheese..???

Stok cream cheese byk lg dlm esbok nie..
aritu beli 2kg terus..
sbb ramai jugak order cistat..

Teringin pulak nk godek2 ciskek..
tp x tau resepi ape yg best..
ada cadangan?..

Ada yg menciplak lagik??.. Kesian kt sifu2 blogger yg terkena..

[antara resepi yang diCIPLAK]


Terdetik jugak nk buat entry..
pasal kes CIPLAK resepi dan gambar masakan..
huhu..

Ramai jugak yg terkena..
Hana.. kak ummi.. dayang jack.. kak nor.. mamafami..
jiya si penggembala kamben pon kena..

Maybe empunyer blog tu x rasa dia bersalah..
sbb katanyer tujuan dia create blog tu..
utk kumpul koleksi resepi utk rujukan dia..

Erm.. aku pon amik jugak resepi2 dari sifu2 blogger nie..
tp aku copy paste kt word and aku print..
sbg rujukan..
biler dipublishkan kt internet..
ia dh dikira..CIPLAK tau..
so hati2 dgn setiap tindakan anda..
walaupon anda letak sumber dari blog mana..
or at least jgn laa copy sekali dgn gambo2 tu..
itu dikira hakmilik mereka..
kalu dak buat ape laa diorg susah2 wat watermark..
Si jiya tukang buat watermark pon terkena jugak sekali
huhu..

Ni link yg menCIPLAK tu..
http://mamamas74.blogspot.com

Korang tgk dan nilai lah sendiri..
tepuk dada tnye selera..


NOTE : Ramai sifu2 blogger dh nasihatkan dia secara baik di sini.
Ini adalah cara yg terbaik kan?..
Bkn dgn melemparkan kata2 kesat kpd empunyer blog tu..
maybe dia sendiri tidak sedara bahawa ape yg dia lakukan itu adalah salah..
Blog pon ada undang2 dan etika..


Wallahualam


Friday, December 3, 2010

Harga Petrol naik lagikkkkkk!!!..


Entah betol entah tidak..
aku pon x pasti kebenarannya..
office-mate aku cakap.. minyak RON95 naik lg mlm nie..
tp aku lupe nk tnye naik berapa sen..

Aritu RON97 dh naik 1st Dec aritu..
yg tu x leh nk persoalkan sbb kerajaan mmg x bg subsidi kt RON97 kan..
tapi kenapa RON95 pon naik nie...

X leh jadik camnie..
thn depan semua boss2 kena naikkan gaji semua pekerja dia..
baru laa balance..
aci tak?..


*Makin lama makin mahal kos hidup skrg.. huhu

Thursday, December 2, 2010

Bagaimana Mengatasi Mengantuk oleh Ustaz Haji Muhammad Zakaria






ANDA RATU / RAJA MENGANTUK?


Anda seorang pelajar. Anda sering mengantuk sebaik memulakan membaca. Anda juga sering tertidur waktu kuliah.

Anda seorang eksekutif di pejabat. Anda sering tersenggut-senggut di meja.

Anda juga sering tertidur waktu berdiskusi dengan pelanggan. Apa lagi ketika menonton TV, membaca akhbar atau dalam bas atau pesawat (kecuali anda memang merancang untuk berehat dalam perjalanan yang jauh).

Bagaimana anda ketika berada di dalam sebuah kereta yang dipandu oleh orang lain? Amat tidak menasabah anda tidur dalam keadaan orang itu bersusah payah memandu. Jika anda sendiri yang memandu dan anda tertidur selama 3 saat, anda mengundang maut.

JADI BAGAIMANA MENGATASI MENGANTUK?

1. Dapatkan tidur yang cukup. Berapa jam? 5 jam semalam sudah memadai - dari jam 12.30 tengah malam hingga 5.30 pagi. Tetapi anda sering tidur hingga 8 jam. Ini bermakna anda kerugian 3 jam sehari (1/8 hari). Jika anda berusia 24 tahun ini bermakna anda telah kerugian 3 tahun!

2. Jika anda terlalu letih dan memerlukan penumpuan di sebelah petang, tidurlah 30 - 45 minit sebelum waktu Zohor (tidur Qailullah - ini sunah Rasulullah SAW). 1 jam tidur Qailullah menyamai 3 jam tidur malam.

3. Bila anda belajar atau bekerja, anda mesti bersedia untuk melakukan 2 kerja:
a) Kerja utama.
b) Kerja sokongan yang aktif.

Sebaik anda mula mengantuk, terus lakukan kerja sokongan. Contoh kerja sokongan:
a) Mencari rujukan.
b) Menyusun fail atau data.
c) Bangun dan berkomunikasi sebentar dengan kawan atau rakan sejawat.
d) Mencari bahan dari Internet.

4. Lakukan aktiviti yang memerlukan pergerakan seperti:
a) Melakukan kerja sambil berdiri atau berjalan.
b) Melihat pemandangan hijau yang saujana melalui tingkap atau keluar bangunan.
c) Mengemas bilik pejabat atau bilik belajar sebentar.

5. Buat secawan kopi panas.

6. Berwuduk dengan memasang niat untuk menghalau syaitan.

7. Membaca akhbar (jangan lebih dari 10 minit).

8. Buat senaman setempat untuk meregangkan otot-otot yang letih seperti:
a) Meramas dan menggerakkan jari tangan dan kaki.
b) Menggerakkan bahu dan leher.
c) Meregangkan lengan.

IBU MENGELAKKAN MENGANTUK

Tanamkan motivasi yang tinggi untuk menyiapkan kerja anda dengan pencapaian yang paling cemelang. Anda hendaklah mengejar masa yang ada. Seolah-olah anda tidak ada masa untuk berpaling ke kiri dan ke kanan. Lakukan banyak item dalam masa yang singkat.

MAKANAN YANG MENYEBABKAN MENGANTUK

1. Makan pagi yang berat seperti nasi (makanan ini sesuai jika anda hendak bekerja keras seperti ke sawah atau ke ladang).
2. Nasi pulut.
3. Makan tengah hari yang berat.

MAKAN PAGI UNTUK MENGELAKKAN MENGANTUK


1. Bijirin yang mudah hadam dan memberi banyak tenaga.
2. Fresh orange.
3. Buah-buahan.
4. Air mineral.
5. Susu memeberi anda tenaga.

MENGELAKKAN MENGANTUK KETIKA KULIAH ATAU DISKUSI

1. Fokus.
2. Masukkan minat yang mendalam.
3. Catat menggunakan peta minda.
4. Pastikan anda mendengar dengan jelas.
5. Baca fikiran pensyarah atau pasangan diskusi anda.
6. Keluarkan pengalaman atau pengetahuan lalu sebagai input perbincangan semasa.

MENGELAKKAN MENGANTUK KETIKA DALAM KERETA

1. Mulakan topik perbualan atau perbincangan.
2. Kenali semua orang di dalam kereta tersebut.
3. Pandang jauh keluar.
4. Beri komen apa yang anda lihat di luar kereta.
5. Elakkan membaca ketika di dalam kereta.
6. Pasang muzik, radio atau bahan audio kegemaran anda. Mengapa anda tidak membelanjakan sedikit wang untuk membeli CD motivasi oleh motivator antarabangsa.
7. Anda boleh menghafal al-Quran menggunakan CD berkaitan.
8. Bayangkan aktiviti dan kegembiraan yang anda akan lalui di penghujung perjalanan.

ANDA MASIH MENGANTUK?

Itulah kelemahan makhluk manusia berbanding malaikat yang tidak pernah mengantuk dari mencatat setiap detik kebajikan dan dosa yang kita lakukan. Malaikat juga tidak pernah mengantuk dan letih dalam menarik matahari dan bulan mengikut orbit peredarannya.

Sampaikan malaikat juga tidak pernah mengantuk dari menggerakkan bulu mata kita ketika ada serangga yang terbang ke arahnya atau mengantuk ketika menggerakkan jantung dan darah kita ke segenap sel di tubuh badan.

Sedangkan anda? Kadang-kadang ketika memegang sebatang pen pun boleh terjatuh kerana mengantuk!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom kita imbas balik..
senaman yg penah aku share kt blog aku sebelum nie..

Bersedia.....

.

.

.

1

.

2

.

3

.

LANGKAH 1


Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan.

LANGKAH 2


Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..

LANGKAH 3


wa..wa..aaa

LANGKAH 4


Gerak kekanan kemudian ke kiri..

LANGKAH 5


Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..

LANGKAH 6


Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..

LANGKAH 7


Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..

LANGKAH 8


Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…

LANGKAH 9


Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..

LANGKAH 10


Hilangkan semua tekanan…

LANGKAH 11


pusingkan kepala…

LANGKAH 12


tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

LANGKAH 13


Akhir sekali lakukan joget kucing…


Hahahahahaha...
hilang mengantok aku tgk senaman ni.. ^_^




LAVISH KAFTAN'S from Molek Butik


Cantik tak?..
pada mata ku mmg laa cantik..
kain dia jenis LYCRA SPANDEX SUTERA yg VERY2 HIGH QUALITY
nmpk beralun je kain tu kan..
maybe sbb material dia lembut.. cam sutera tu..
Harga.. RM250.00 termasuk kos penghantaran..


Berminat?...
Blh dptkan di Molek Butik atau add di FB..

Selamat Bershoppim.. ^_^

*aku x dpt komisyen pon.. saje je tlg promotekan.. ekeke..

Wednesday, December 1, 2010

Sup Ikan Merah

Pe kabar semua..
Dh lama rasanyer x letak entry lauk pauk kan..
asyik entry membebel jew..
ahaks.. ^_^

Semlm abah ada beli ikan merah..
mak masak Asam Pedas utk dijamu kepada abangku, Angah..
yg br balik dr Mekah..
betapa sayangnya seorang ibu pada anaknya kan?..
walaupon keadaan mak yg lumpuh sebelah badan pon..
masih bergagah kt dapo siapkan asam pedas peberet Angah..
*sob*sob*

Ok.. x mau sedih2..
(padahal diri sendiri yg sedih
sbb sambil taip sambil dengar lagu Ayah dan Ibu by Sudirman.. huhu)

sambung citer...
so ada la lebih 3 keping lagi ikan merah..
kat umah ni kalu ikan merah akan dimasak 2 jenis jew..
asam pedas dan sup..
tp dgn syarat kena ikan segar dan jenis yg lembut

Ikan merah ada gred ke erk?
sbb aritu org jual ikan tu ada cakap..
yg gred A mahal skit but isi confirm lembut..
kalu yg gred B pulak.. murah skit but isi dia keras bile dimasak..
So carik laa yg gred A.. sbb lg sedap isi dia..
but carik laa yg fresh ye..
ikan merah ni kalu beli yg dh lama.. hanyir and x sedap langsung..

Dan akhirnya ini laa hasilnyer...

Sup Ikan Merah

Bahan2:-
3 potong Ikan Merah [cuci bersih dgn asam jawa]
3 ulas Bawang Merah *
1 ulas Bawang Putih *
1 inci Halia * hiris halus
Kulit Kayu Manis
Bunga Cengkih
Buah Pelaga
1 sudu besar Serbuk Sup Adabi
6 batang Baby Karot *potong kecik2
Air secukupnya

Cara:-
Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga.
Tumis hingga wangi. Kemudian masukkan serbuk sup.
Kacau rata hingga garing
Masukkan air dan tunggu hingga mendidih.
Masukkan ikan merah dan karot.
Perasakan dgn garam. Siap utk dihidangkan.

Taburkan daun sup dan bawang goreng.

Award from Fiza.. TQ


Dh lama jugak x dpt award meward nie..
at last ada jugak yg sudi bagi..
thanks to cik adik fiza yg rajin sgt memasak..
hari2 ada je menu2 menarik dia masak..
zaman aku rajin update kt blog dulu dh berlalu..
kasik la kt adik2 pulak.. ekekeke..
dulu aku cam Fiza..
masa zaman fotopages dulu..
semua resepi nk cuba..
then snap gambo..
now.. lepas masak malas nk snap..
huhuhu..
perubahan hormon kot..
ekekeke..

Ok Fiza..
again.. thank you sudi bg akak award si Mickey nie..
comel bangat..

Kad Bank Baru.. yeayyyyy..

(sumber : Google)

Tadi dpt jugak aku pegi ke bank..
utk wat kad ATM baru..
Aku try masukkan kad lama tu kt bank..
aik.. leh pulak detect..

Ermm.. aku pon tnye laa pegawai bank situ..
perlu ke aku tukar kad baru?..
dia cakap kes cam aku tu maybe sbb mesin kt Shell tu rosak..
bukan kad rosak..
aku cakap.. x kan laa 3 buah Shell lain2 tmpt semua rosak..
Susah jugak kalu nk kena carik CIMB utk keluarkan duit..

So dia pon nasihatkan aku tukar je yg baru..
utk senang dan selamat..
lgpon katanye kad lama aku x de MEPS..
Bayaran dikenakan RM12.00
Boleh laa.. dari aku menderita tiap kali nk keluarkan duit kan..

Proses dia sgt mudah dan cepat..
Dan kad terus boleh guna..
x payah tunggu sampai 2-3hari pon..

Tapi yg membuatkan aku sedikit terkilan..
online banking iaitu CIMB Clicks kena buat baru..
biler buat baru maksudnyer..
semua account yg aku dh byk add kt dlm tu..
kena set kan semula.....
Oh tidakkkkkkk...
Huhuhu..

Ermm.. sbb tu laa org cakap kan..
Setiap suka pasti ada duka..
tp kira duka aku idak laa kritikal kan..
cuma malas je nk add balik semua account2 tu semula..
uwaaaaaaaaaa...
byk giler korang tau dak..
bil air,letrik,astro,telepon,P1,loan,TH.... bla bla bla...

Xpe ler.. wat slow2.. kan kan kan..
yg penting..
skrg aku blh keluarkan duit di mana2 ATM..
syiokkkkkkk...

*lupe pulak tnye pegawai bank tu kt mana nk beli Mr.Octo nie..
Yg lain2 tu comel sgt kan kan kan..

Kongsi Resepi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...