Monday, November 15, 2010

Cheese Tart lagik..

Again...
menggentel cheese tart lagik..
ramai beno teringin nk makan cheese tart raya aji nie..
ekekeke..

Kali ni tempahan dari school-mate aku dulu..
thanks Emi sudi order lg dan lagik..


Asyik buat utk orang lain je kan..
so kali ni aku gentel lebih skit..
skit je lebihnyer..
sbb aku and family bkn penggemar cheese tart
.. dan segala yg berkaitan dgn cheese..

.

.

.

taraaaa...
dlm loyang lg.. ekeke..


and tanpa segan silunyer..
aku ngap satu..

.


.


.


.



.



.





perghhh.. makan masa baru kuar oven mmg nikmat..
tart shell masih rangup..
dan cheese masih lembik.. huhu..
tp cukup laa utk aku sebelah je..
sebelah lg aku simpan daaaaaaaa..

*aku bukan penggemar cheese



post signature

post signature

Sunday, November 14, 2010

Blueberry Cheese Tart..

Salam hujung minggu semua..
arini ape xtvt korang semua?....
piknik?.. shopping?.. or hanya dok di rumah saje..

Aku sendiri pon dok rumah jew..
x ke mana lg..
asben sibuk mencuci kete..
si isteri sibuk menggentel cheese tart..

Cheese Tart ni tempahan Aisyah yg dok kt Maran tu..
kenal Aisyah sbb sama2 amik kelas PJJ and sama course..
Baru petang tadi si Aisyah ni dtg amik..
kebetulan nk ke bandar Kuantan katanyer..

Ok.. nk bersiap2..
pasni nk kena belanje en suami..
sbb katanyer dpt jual Cheese Tart byk..
kena belanje dia..
hahaha.. nakal kan suami saya..
x pe x pe.. kecik punye hal..

Jom....




post signature

post signature

Saturday, November 13, 2010

Cili Api vs Black Pepper

Hai semua..
ape menu korang masak arini..
mesti masing2 masak menu istimewa kan..
al-maklum ler.. arini kan cuti..
aku pon dh start cuti raya..
minggu depan satu lg baru start keje balik...
best betol.. ekeke..

So arini aku pon kiranye masak beriya skit..
tak de laa special mana..
cuma tahap rajin tu ada..

Menu hari ni..
Telur itik masak lemak cili api..
vs..
Daging Black Pepper..

fuhh.. berpeluh makan hari nie..
semua pedas2 belaka..
ekeke..

Jemput makan semua...



post signature

post signature

Friday, November 12, 2010

Pot Luck.. jom makan...

Hari ni aku dan kawan2 pejabat wat Pot-Luck..
tak ramai pon join..
dalam 13-15 orang kot..
masing2 bawak juadah..

Memula puas jugak la aku memikir nk bawak ape..
nk wat sardine puff.. aku x beli lg kulit paratha..
nk wat macaroni bakar.. macaroni x de..
last2 aku buat nie..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

cuba korang teka?..

.

.

.

.

.

.

.

.

hahahaha...

.

..

...

....

.

..

...

....

Marble Cheese Brownies jeeeeeeeeew..

post signature

post signature

Wednesday, November 10, 2010

Pucuk Ubi ke Pucuk Paku?...


Bnyk beza antara pucuk paku dan pucuk ubi..
ekeke..

(sumber : google)

Aku : Along.. kzura nk beli pucuk paku jarum seikat ye..
Along : OK.. lusa Along bawak ye..
Along : Eh Eh.. kzura nk pucuk paku ke pucuk ubi?..
Aku : Hahahaha.. pucuk ubi ler.. salah taip daaaa...

**Ada ke pucuk paku jarum.. ??? muahahaha..

Aku dh boring masak and makan menu sayur yg sama..
kangkung.. kobis.. sawi.. kacang pjg.. petola..
So.. teringat one of my office-mate ada jual pucuk paku.. eh eh.. pucuk ubi daaa...
ape lg.. beli ler..
seikat je bukan bnyk..
cukup la utk aku masak 4 orang makan stok utk 2 hari.. ekeke

So menu mula2..
aku masak lemak cili api..
boh rencah udang..
tp udang sama bnyk.. dh jadik mcm masak lemak udang pulak..
hahaha..
cukup menyelerakan sekali sekala makan pucuk paku.. eh eh.. pucuk ubi nie..



Masuk hari ke dua..
aku just celur dan wat sambal asam..
pon menambah selera kami anak beranak makan..
x leh makan camni selalu..
bertambah2 nasik wei..
bahaya.. huhu


Aku beli pulak ikan siakap segar dari ladang dgn office-mate jugak..
korang jgn x tau..
kt opis aku ni semua ada jual..
jgn kata pinggan mangkuk periuk belanga je ada..
ikan.. sayur.. telur masin.. belacan.. semua lengkap..
hahaha..
x yah susah2 nk ke kedai..

Ikan siakap ni aku masak 3 rasa..
tp aku x tau ape yg 3 rasa tu..
aku main bantai je.. aci???...
ni style aku masak ler..


Ikan Siakap 3 rasa (azura style)

Bahan2 :
Ikan siakap 2 ekor (kecik2)
Bawang merah *
Bawang putih *
Halia *
Cili Api *
Cili Merah *
(*kisar)

Sos Tiram
Sos Ikan
Sos Cili
Nenas - potong sederhana besar
Tomato - potong dadu

Cara :
Ikan dibersihkan dan dikelar2. Gaul dgn garam serta serbuk kunyit
then gaul dgn tepung jagung. Goreng hingga garing.
Tumis bahan2 bertanda * hingga garing.. Masukkan sos tiram, sos ikan dan sos cili. Then masukkan sedikit air dan masukkan nenas dan tomato.. Perasakan dgn garam.
Siap utk dicurahkan atas ikan.

post signature

post signature

Mencinyerrrrrrr....


Tensionnyer aku..
apa jadik dgn shoutbox aku nie..
dr semlm lg dia wat hal..
ingatkan arini ok..
adoiiiiii.. bengangnyerrrr...

Saper2 yg pakai shoutbox oggix ada mslh sama tak?

Menci.. menci.. menci..

post signature

post signature

Tuesday, November 9, 2010

ya ampun.. seksi giler..

Dok jalan2 kt blog orang..
masuk la blog kak ina KL..
baca entry pasal majlis harijadi anak Linda Jasmine&Que Haidar..
terkedu aku weh..
1st terkedu tgk kecomelan anak diorg..
2nd terkedu tgk keseksian Linda Jasmine..
dia ni mmg dari dulu seksi..
tp since dh kawin dgn Que Haidar nie..
cam lg seksi melampau pulak kan..

Tapi Linda Jasmine mmg cantik..
maybe begitu cara dia nk serlahkan kecantikan dia..
Who knows..

Opss.. peringatan sebelum tgk gambo2 kat bawah nie..
sila pastikan air liur anda x meleleh kt keyboard ye..
hahahaha...

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


Ni gambo sekitar majlis sambutan harijadi anak diorg..


Yg ni pulak gambo2 masa Linda Jasmine pregnant..

And yg ni masa dia belum kawin dgn Que Haidar..

More picture HERE
credit to beautifulnara.com


post signature

post signature

Facebook zaman dulu kala..

Saje nk share ape yg aku terima kt email..
saper la punyer keje ni..
tp sgt kreatif dan kelako..
ekeke..







post signature

post signature

Period Pain.. PUNCA???..

Sesungguhnya aku x suka sakit ini..
kena pulak kt opis..
oh tidak!

Apa puncanyer ye..
Meh kite google...


Senggugut

Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.

Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing.

Dalam bahasa Inggeris, senggugut dipanggil "dysmenorrhoea". Terdapat dua jenis senggugut.

Senggugut Primer

Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula.

Senggugut Sekunder

Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Sebab-sebab:

  1. Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
  2. Cyst Ovari dan tumor
  3. Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
  4. Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
  5. Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
  6. Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.

Epidemiologi

Lebih daripada 60% perempuan remaja mengalami senggugut1. Satu dalam 10 wanita mengalami kesakitan yang teruk sehingga menganggu aktiviti seharian.

Ia adalah lebih kerap berlaku kepada seseorang yang merokok, mereka yang mengalami akil baligh yang lebih awal, dan yang mempunyai haid yang banyak2. Senggugut adalah lebih jarang berlaku di kalangan wanita yang pernah atau baru bersalin, dan yang menggunakan pil perancang.


Tanda-tanda

  1. Sakit di bahagian bawah perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang, yang boleh merebak ke belakang dan bahagian peha.

    1. Senggugut primer. Ia biasanya paling sakit pada dua hari pertama datang haid yang diikuti dengan sakit yang berkurangan beberapa hari selepas itu, dan berhenti apabila haid berhenti. Biasanya berlaku selama 12 ke 24 jam, ada yang selama 2 ke 3 hari. Kesakitan ini berkurangan apabila umur meningkat dan selepas bersalin.
    2. Senggugut sekunder. Senggugut ini mempunyai tanda seperti senggugut primer tetapi sakitnya berpanjangan, bermula beberapa hari sebelum haid and bertambah teruk. Senggugut ini menjadi semakin teruk selepas beberapa tahun haid biasa. Berikut adalah tanda yang menyatakan kemungkinan anda mengalami Senggugut Sekundar.
      • Haid yang tidak tetap
      • Haid yang tidak tetap
      • Kesakitan antara haid
      • Pendarahan yang bertamban banyak
      • Lelihan dari faraj
      • Kesakitan ketika melakukan seks

      Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas.

  2. Sakit kepala, pening, letih, sakit belakang
  3. Loya dan muntah, cirit-birit.

Komplikasi

Physical - Infertiliti (Tidak dapat mengandung)

Mental - stres, tidur terganggu


Rawatan

  1. Ubat pengurang radang. (Contoh: Mefanemic acid, Naproxen)
    Sebanyak 80% perempuan yang mengalami senggugut boleh dikurangkan atau dihentikan dengan mengunakan ubat ini. Ia hendaklah dimakan sebaik sahaja sakit bermula atau pada permulaan haid.

  2. Ubat tahan sakit. (Contoh: Paracetamol)
    Digunakan sekiranya ubat pengurang radang tidak sesuai untuk dimakan disebabkan oleh kesan sampingan atau kontraindikasi penggunaan ubat. Ubat ini boleh digunakan bersama dengan ubat pengurang radang sekiranya sejenis ubat tidak mencukupi untuk mengurangkan kesakitan.

  3. Pil perancang. Ia biasanya digunakan untuk senggugut primer untuk:
    1. Mengurangkan dan memendekkan tempoh haid dengan menghindari ovulasi.
    2. Mengurangkan atau menghilangkan sakit senggugut dengan mengurangkan penghasilan prostaglandin di selaput rahim.
    3. Kegunaan lainnya sebagai ubat pencegah kehamilan.

  4. Penggunaan Haba.
    Senggugut sering kali dialami untuk seketika sahaja. Kesakitan sementara ini dapat diredakan menggunakan haba dari botol yang berisikan air suam, atau pek panas yang boleh diletakkan pada bahagian bawah perut, atau dengan mandi air suam.

  5. Mesin TENS ("Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation").
    Boleh digunakan sekiranya tidak ingin menggunakan ubat. Mesin ini menghasilkan pengaliran kuasa elektrik kecil yang menghindari tanda sakit dari saraf sakit dari disampaikan ke otak. Dengan ini sakit berkurangan.

Apakah rawatan yang boleh digunakan untuk Senggugut Sekunder?
Perubatan yang digunakan adalah bergantung kepada sebab Senggugut Sekunder dialami. Sila berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.

sumber: MYHEALTH


post signature

post signature

Kongsi Resepi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...