Tuesday, October 29, 2013

Shaklee Independent Distributor (SID)

Assalamualaikum...
Anda tau pasal Shaklee?  Rasanya ramai yg dh tau and dh mencubanya...
Aku sendiri dh cuba dan disebabkan berpuas hati dgn kesannya aku mengambil keputusan untuk join membership. .. alhamdulillah...
Tak byk lg produk yg aku dh cuba.. insya Allah bila dh jdk ahli Shaklee harap2 aku semakin mengenali kebaikan Shaklee..
Kalau anda nk cuba pon boleh... dont worry aku bg harga terbaik punyer.. yg penting u all puas hati dan ada positive effect. .. kalau xde bajet amik satu2 dulu.. xde hal.. as long as kita disiplin amik supplements. . Tol dak.. hehe..

Saturday, October 19, 2013

Karipap Daging ~simple dan sedap

Salam...

Masih byk stok daging di rumah?...

Apa kata anda buang lemak2 daging.. bersihkan dan cincang.. if ada food processor lg mudah... daging cincang ni mcm2 blh buat tau... spageti, lasagna, puff dan inti karipap....

Aku pon dh siap cincang daging tadi dan dh decide nk buat inti karipap... mmg fab aku karipap inti daging berbanding ayam dan sardin.. hehe... buat sendiri lg puas hati kan.. ;)

Jom kita semak resepi... aku amik dari blog Ros Jintan Manis... Tq ros... ;)

Karipap Rangup

BAHAN2:
500g Tepung
50g Tepung Beras
50g Tepung Ubi
1 sb Gula 《tak guna gula pon》
1 st Garam
2½ sb Majerin*
¼ cwn Minyak* (* panaskan)
Air sejuk yang dalam peti ais 《tmbh ketulan ais dlm air 》

CARA2:
1. Campurkan kesemua bhn2 kering.
Tuangkan minyak panas & gaul rata.
Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.

2. Bahagi dok kpd bebola kecil.
Leperkan & isi dgn inti. Buat sehingga habis.

3.Goreng dgn minyak dalam sehingga garing.

Nota: Selepas doh di uli, perap doh ni dalam peti ais selama satu jam, baru keluarkan pada suhu bilik, langkah ini penting supaya semua bahan dalam adunan nye mesra dan membuatkan adunan lebih rapuh.

Inti Karipap

2 biji kentang 》
1 biji keledek  》cincang dadu
1/2 biji karot  》
Daging yg telah dicincang
1 paket kecik serbuk kari 》semestinya ku guna jenama Baba's  ;)
2 sudu besar cili kisar
1 1/2 biji bawang besar 》potong dadu
garam secukupnya

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan tumis bawang dan cili kisar. Kemudian masukkan serbuk kari yg dibancuh dgn sedikit air hingga garing.

2. Kemudian masukkan daging. Dan akhir sekali masukkan kentang, keledek dan karot, kacau selalu dan biarkan empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan. 《Aku tapiskan inti ni utk buang mnyk yg ada》

Dh siap semua.. apa lagi.. kelim la karipap tu ye... utk resepi kulit tu... 500g aku dpt dlm 60-60pcs... maybe depends pada ketebalan/kenipisan kulit masa dicanai..

Selamat mencuba.. :)

Friday, October 18, 2013

Daging Goreng Halia bersama Minyak Bijan

Salam...

Menu daging ke dua.. hehe..

Best tau menu ni.. sbb wangi mnyk bijan tu menyelerakan... dan plg best x susah pon nk buat...

Moh check resepi... as usual aku refer daei blog Kak Nor cayanggg... hehe..

DAGING GORENG HALIA & MINYAK BIJAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
300 gm daging batang pinang ~ dihiris nipis
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil minyak bijan
~~~ * ~~~
1 biji bawang besar ~ dipotong baji
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1in halia muda ~ dihiris
1/3bj capsicum merah ~ dipotong panjang/dadu
1/3bj capsicum hijau ~ dipotong panjang/dadu
3 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar minyak bijan
sedikit air
sedikit garam
daun bawang ~ dipotong 1in
minyak secukupnya

Cara:
Perap daging seketika bersama tepung jagung dan 1 sudu besar minyak bijan.
Panaskan minyak dan goreng daging lebih kurang 1 min. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar.
Masukkan bawang putih dan goreng hingga kekuningan.
Masukkan bawang besar, halia dan capsicum. Goreng seketika.
Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam, minyak bijan dan sedikit garam.
Goreng sekejap dan masukkan sedikit air (lebih kurang 1/4 cawan)
Masukkan daging yg dah digoreng tadi dan kacau.
Bila kuah hampir kering masukkan daun bawang.
Kacau seketika dan boleh lah dihidangkan panas2.

Wednesday, October 16, 2013

Nasi Jagung Berserai

Salam...

Masih x terlambat kot utk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semuaaaa... ;)

Dh start ke acara memasak menu daging? Hehe.. xpe.. hencik Google ada.. taip je macam2 resepi ada...

So... dipendekkan citer.. gara2 persinggahan ku ke Kg Rawai aritu...terus terpikat dgn resepi Nasi Jagung Berserai ni.. tuan rumah melayan aku, suami dan anak sedaraku sgt sgt la istimewa.. segan plak eh.. hehe.. mmg seronok sgt... kiranya mmg nak pegi lagi la kalau ada rezeki... boleh ke tuan rumah? Hehe..

Memandangkan arini ada rezeki dpt jagung dan daging korban... apa lg.. terus meloncat2 nk buat resepi ni... masa nk rendam beras... adoyai... beras basmathi dh kehabisan rupanya.. tp semangat nk buat ku gmuna je beras biasa.. hehe.. jadi nasik jgk nnti kan.. ;)

Alhamdulillah.. berkat tunjuk ajar dan tips yang diberikan oleh tuan punyer resepi ni... menjadi la Nasi Jagung Berserai ku... hepi giler rasa... nak2 bila suami memuji dan berselera makan.. syukur.. :)

Mohon izin dari Kak Nor utk zura share resepi di sini ye.. ;)

NASI JAGUNG BERSERAI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
4 cawan beras basmathi (ikut cawan sukatan rice cooker)
6 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan jagung (K.Nor guna jagung fresh >< 2 biji)
1 biji tomato ~ didadukan kecil
5 biji bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dhiris
1/2 in halia ~ diketuk
3 batang serai ~ dititik
2 helai daun pandan ~ disimpul
2 sudu besar minyak sapi
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis
3 kelopak bunga lawang
garam secukupnya

Cara:
Basuh bersih beras dan rendam lebih kurang 1/2 jam. Toskan.
Panaskan minyak sapi dlm periuk rice cooker dan masukkan bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang.
Tumiskan sekejap dan masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
Kacau hingga bahan tumisan wangi.
Masukkan daun pandan dan tomato. Kacau2 kejap dan masukkan beras.
Kacau lg hingga sebati dan biarkan seketika baru lah dimasukkan air dan garam.
Biarkan hingga mendidih baru lah dimasukan susu cair dan jagung. Kacau perlahan2 supaya semua sebati.
Alihkan ke periuk td ke dlm rice cooker dan masak la hingga nasi tu masak.
Hidangkan dgn Gulai Ayam, Acar Timun dan juga Sambal Belacan.

* boleh juga jika nak gantikan Gulai Ayam dgn Ayam/Daging Masak Merah..

●aku gandingkan nasi ni dgn daging masak merah dan kerabu campur (epal ijau, karot dan tomato)

Saturday, October 5, 2013

Spageti Goreng Simple

Assalamualaikum. ...

Lama betol x bersiaran kt sini... xde masa ke xde mood? Entah lah... huhu..

Utk kali ni aku nk kongsi menu paling simple utk saper2 yg gemar spageti... x caya... jom tgh bahan dan cara memasaknya...

Spageti Goreng Simple

Bahan :
Mee spageti-rebus dan tos
Isi ayam-dipotong kecik
Kiub pati ayam secukup rasa
Cili kering-gunting kecik2
Bawang putih-cincang halus
Bawang besar kuning-hiris kiub2 kecik
Sedikit air
Garam
Mnyk zaitun

Cara:
Tumis bawang putih dan bawang kuning hingga wangi. Masukkan isi ayam dan cili kering. Masukkan kiub pati ayam dan masukkan sedikit air. Perasakan dgn garam.
Masukkan mee spageti dan gaul rata. Jika suka blh masukkan cincangan karot dan capsicum. Siap!

Kongsi Resepi

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...