Thursday, December 29, 2011

Tentang Dhia

Salam...

Dah habis menangis?.. hihihi..
Aku ni dh bengkak2 mata tgk episod last arini..
punyer la sedih sgt..
menghayati betol.. xpecially bab2 mengandung.. adoss.. tertusuk dlm kalbu..

Pada aku.. drama ni bagus..
sebab... ada byk sgt ciri2 ke Islaman yang di terapkan..
ada pengajaran dan iktibar yg boleh lihat..
betol tak???..


Cuma yang aku terkilan sgt...
Mak mertua Dhia x ditunjukkan pembalasan yang kaw2..
sbb kita semua dh geram dari awal lg kan..
macam2 dia buat ke Dhia dan keluarga..
so at least nk jgk la tgk dia termakan sihir dia buat tu sendiri ke.. ape ke..
tp ye la.. berbalik pada ajaran Islam..
biar Allah yang memberi balasan setimpal dgn dosa yang dibuat..

Arini kt FB mmg penuh semua dok update pasal drama nie..
nmpk sgt mmg ramai yg ikut kan.. :)
Tapi.. yg buat aku bengang.. 
bile ada yg dok kutuk2.. gelak2.. pasal org2 yg update status Tentang Dhia nie..
mcm2 dok cakap.. 
tak tgk drama Melayu lah.. terkejar2 balik dr keje sbb nk tgk drama ni lah..

For me, kite kena la hormat minat dan citarasa org lain..
kalau x suka atau x minat.. x pelu komen begitu..
dah tentu ada yg tersinggung..
masing2 kan ada minat tersendiri..
ermmm.. entah la erk.. susah mau cakap..

Ape2 pon.. seploh bintang arrr utk drama Tentang Dhia..
kita amik yg baik utk tauladan..
yg burukkan jadikkan tauladan..

.:: Peace no war ::.

Bye~

Wednesday, December 28, 2011

Cuti-Cuti Perak.. Lumut & Pulau Pangkor -continue

Assalamualaikum..

Aku habiskan entry trip ke Lumut dan Pangkor ni ye..

Aku x ingat plak ape nama tempat nie..
tp cantik..
nmpk mcm ada hotel mewah kt area situ..
kami tidak la pulak ke sana..

Lepak2 kt sini agak lama..
sambil makan sotong kering yg beli kt kilang tepi laut tadi..(lupe nk snap gambo kilang)




eh!.. lor.. baru nk betulkan tudung.. abang nieeeeeee...
maaf la ye.. xleh nk senyum sgt.. panas dan silau masa nie..


kat sini ada byk xtvt pantai.. banana bot la.. jet ski lah.. macam2 ada..

ramai betol org tunggu Q nk naik mende alah tu semua.. aku cuci mata je tgk.. :)


bersedia utk melepassss... eh eh.. berlepas.. hihihi..



Dan sebelum menutup tirai kisah Pangkor nie..
aku nk tunjuk.. hasil 'tangkapan' aku di Pangkor..
tangkap guna duit ye.. bukan FREE.. hahahaha..

ikan gelama kering

yg ni rasanyer isi ikan tenggiri.. 4 paket RM10 (aku campur dgn ikan gelama kt atas tu)

Sesungguhnya.. ikan bilis kt Pangkor ni ada byk jenis..
lain rege tp aku tgk sama je spesis nyer.. hehehe..
harga yg sudah dikopek seganda dari harga belum dikopek.. fuhhh!
yg ni RM6.50 utk 250g (belum kopek)
yg ni RM12.50 utk 250g.. cantik sgt ikan bilis dia..(dh kopek)
 
yg ni RM6 utk 250g.. kalu ikut tilikan ku.. mcm spesis yg sama dgn yg atas tu.. beza yg ni belum dikopek.


tulang ikan talang- RM5
ni ikan bilis paling murah-RM5.50 dh siap kopek.. xberapa kering.. tp sedap aje.. :)

haaa.. yg ni wajib ada kt umah aku.. RM10 utk 250g..

 
dan ini sotong cumi.. wat sambal tumis sedap kot.. xpernah lg masak.. nk cuba nnti.. RM10, 280g

inilah semua hasil 'tangkapan' di pangkor.. :):):)


OKlah.. sekian saje xtvt kami di Pangkor..
nnti aku upload pulak gambar aku di Ipoh dan I-City..
Bye...

Tuesday, December 27, 2011

Cuti-Cuti Perak.. Lumut & Pulau Pangkor -continue

Assalamualaikum..

Kita sambung trip percutian ku di Perak..

Sampai di jeti pangkor..
en suami terus call org yg menyewakan motor..
kami dpt motor Kriss..
yg kelakarnyer.. helmet utk motor sewa semua style kura-kura tu..
so bile kami pakai.. comel je muka sorang2.. hahaha..
xkan aku nk share kt sini kot.. malu la.. hahaha.. lawak2x

So.. ape lg.. merempit la..
tapi sebelum bersiar2.. en suami carik petrol station dulu..
mnyk dh skit sgt.. sampai hati diorg kan..
dh la mahal.. mnyk motor pon kena isi..
tp RM2 aje.. x kisah ler.. hihihi..

So 1st destination kami di sini...
 
 
 

 
 


Kemudian.. kami x tau nk ke mana dah..
cadangan aku ke en suami..
kite follow je van teksi pelancong tu..
naik motor kan.. so senang nk cilok2..
hasil follow van teksi tu.. kami ke sini..

 
 
 
 
byk giler ninja turtle... :)

bnyk gambar en. suami.. sbb aku yg pegang kamera.. :)

to be continue~


Impian tahun 2002 masih belum termakbul.. moga 2012 dimakbulkan.. amin

Assalamualaikum..

tadi terbaca status dearie Love..
terus terdetik nk buat entry nie.. :)

Lg bbrp hari je nk masuk tahun 2012..
tp tahun Islam dh masuk thn baru pon kan..

So ramai yg akan bertanya..
ape azam thn baru.. ape impian thn baru..
yg lepas2 tercapai tak???..

Aku x amik port sgt azam dan impian yg lain2..
yg SATU ini je aku pikirkan..
dari thn 2002 lg impian ni belum tercapai..
apakah ia???..

Sudah tentu lah.. 
keinginan utk mengandung, melahirkan anak & membesarkan anak..
Anda yg sudahpon terlaksana impian ini.. bersyukurlah.. 
sy amat mencemburui anda..

9 tahun.. pelbagai onak duri ku tempuhi..
xde yg manis.. semuanyer pahit belaka..
namun, ku ttp bersyukur..
mempunyai seorang suami yg sgt memahami..
kami bahagia..
terima kasih Allah..

Sungguh tinggi harapanku utk tahun 2012..
moga aku dan suami dilimpahi rezeki yg SATU ini..
mohon kawan2 semua mendoakan utk kami..
Please Allah.. makbulkan doa aku, suami dan kawan2 yg baik hati ini..

Utk terakhir.. aku nk share satu artikel dari sebuah laman web..
yg memberi tips dan nasihat utk mengandung..
terima kasih tuan punyer laman web itu..
moga Allah memberi anda rahmat..

"

"

"

"

"

Kepada mereka yang sukar untuk mengandung walaupun telah lama kahwin. Sila baca ‘post’ kali ini. Post kali ini menerangkan punca dan sebab-sebab mengapa anda sukar untuk mengandung. Ia juga memberikan beberapa nasihat yang patut anda amalkan dalam usaha untuk mendapatkan anak. Juga disertakan satu petua yang sangat baik untuk diamalkan.

Semoga arwah guru saya sentiasa dicucuri rahmatNya. Ilmu yang ingin saya kongsikan kali ini dipanjangkan untuk tatapan sekelian yang saya perolehi dahulu sewaktu arwah masih hidup.

Zaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendapatan keluarga. Kewangan keluarga semakin meningkat namun seiring dengannya pula ialah peningkatan kesukaran untuk mendapatkan zuriat dalam bahasa mudah ialah susah untuk mengandung.

Bila timbul masalah ini, doktor pakar sakit puan sangat beruntung kerana mendapati bilangan mereka yang ingin berurusan begitu ramai sekali. Kos rawatan yang dikenakan pula ada yang melibatkan puluhan ribu ringgit dan itu pun belum pasti akan mengandung.

Jadilah wanita tersebut sebagai bahan ujikaji yang diberikan ubat ini dan itu serta pelbagai rawatan kesuburan lainnya.

Masalah menemui doktor sakit puan ini tidak begitu memudharatkan, ia hanya sekadar memudharatkan kewangan. Yang akan saya ceritakan ini lebih memudharatkan lagi. Bagi yang putus asa dengan rawatan doktor dan alternatif yang lebih mudah dan murah, ramai di antara mereka yang mengalami masalah ini menemui bomoh, dukun dan tukang urut sebagai usaha untuk mendapatkan anak. Inilah yang lebih parah kerana menemui dukun dan bomoh ini sebenarnya adalah permulaan kepada azab yang lebih besar dari Allah kerana telah mensyirikkanNya.

Salah seorang jiran saya sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun menerima menantu. Sehingga kini 3 orang anaknya telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Namun apa yang menyedihkan sekali ialah sehingga kini jiran saya ini belum mendapat pangkat datok kerana anak dan menantu mereka ini masih belum mengandung.

Di tempat kerja saya pula ramai pasangan yang lebih sepuluh tahun kahwin masih belum mendapat anak dan beberapa orang lain pula sudah lima tahun berkahwin juga masih belum mendapat anak. Ada seorang hamba Allah tu apabila saya nasihatkan agar semoga mudah mengandung begitu sombong sekali menolak nasihat saya dengan mencebikkan muka namun hakikatnya ialah sehingga saat ini beliau masih belum mengandung.

Pada hari raya aidilfitri lalu saya telah dikunjungi pasangan suami isteri rakan setugas saya. Dalam pertemuan tersebut sempatlah mereka mengadukan masalah mereka iaitu walaupun sudah lebih setahun berkahwin, isterinya masih belum mengandung. Kira-kira sebulan lepas iaitu kira-kira tiga bulan selepas kunjungan di aidilfitri sewaktu berselisih ditempat kerja, dengan begitu gembira suami pasangan ini mengucap kesyukuran dan terima kasih kerana isterinya baru disahkan mengandung. Alhamdulillah setelah kira-kira 3 bulan mengamalkan nasihat yang diberikan, isterinya telah mengandung.

Satu ketika sewaktu saya membeli belah dipasar raya Extra, saya merasa begitu sedih melihatkan seorang perempuan yang saya jangka seorang isteri sedang memasukkan jeruk anggur ke dalam bekas plastik. 

Saya merasa sedih kerana ini bakal menyusahkan perempuan ini untuk mengandung.Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula bertanya “suka makan jeruk?”
“Memang kegemaran saya” jawab wanita ini.
“Sudah berkahwin?” saya menambah.
“Sudah 3 tahun” wanita ini menjawab.
Tepat seperti jangkaan saya bahawa wanita ini sudah berkahwin.
“Berapa orang anak?” saya menyoal untuk mendapatkan kepastian hipotesis awal saya.

Seperti yang saya jangkakan wanita ini menjawab ” belum dapat anak lagi”. Selepas mendapat fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi nasihat semoga kelak beliau mendapat anugerah anak termasuklah memberhentikan tabiaat memakan jeruk yang baru sahaja dibeli. Semoga Allah memberikan wanita ini zuriat dari anak yang soleh. Amin.

Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut:

Elakkan:
  • Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
  • Makan junk food
  • Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai
  • Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza
  • Makan burger dan nugget
  • Makan jambu batu
Suami pula dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini. Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.

Dan adalah sangat digalakkan agar anda dapat mengamalkan amalan seperti tertulis dibawah ;
Banyakkan menyebut nama ALLAH (al-Musowwir).


Monday, December 26, 2011

Cuti-Cuti Perak.. Lumut & Pulau Pangkor -continue

Salam...

Sambung dari entry sebelum nie..

OK kami gerak ke Jeti Lumut pada pagi Jumaat 23.12.11
Selepas sarapan pagi kt hotel.. kami terus check-out..
tu pon dh agak lewat..
kami sampai di jeti jam 10.30 pg..
parking kt tempat parking bertingkat yg disediakan..
40sen sejam..

Sampai je jeti.. dh ada bbrp org yg dok menanya 
penginapan dan pengangkutan kt pulau pangkor nnti..
ada kak sorang ni..
open table betol2 kt kaunter tiket..
tnye pasal penginapan.. kami jawab x stay sana.. balik hari..
dia tnye utk sewa motor..
RM30.. 
mmg sebelum ni aku dh google..
ramai yg cakap mmg sewa motor RM30..
mahal erk.. sbb kat Langkawi aritu aku sewa kete Iswara RM30 xyah isi mnyk pon..
kalau sewa kete kt pangkor ni.. dlm RM70-RM80 lah..
mmg mahal.. walhal kete xde la cantik mana pon..
kalau x iswara.. wira.. ermmmm..

So kami decide amik terus dgn akak tu..
sewa motor je sudah..
leh peluk2.. hahahaha..
kami dok kat jeti x lama..
dalam 15 minit kot.. dh ada ferry yg dh sampai..

Oh ya.. utk yg belum tau..
tiket tu RM10 utk pergi dan balik..
and sebenarnyer dia x de masa yg tetap utk naik..
asal ada ferry sampai.. naik je la..
tp x tau la kot dia wat gitu masa org ramai cuti sekolah..
kalau time biasa kot2 lain.. wallahualam.. :)

Manusia mmg lah ramai..
al-maklum la cuti sekolah.. bile dh ramai2.. biasa la kan.. 
mcm2 karenah aku tgk.. huhuhu..
masa dlm ferry.. ada yg dok ulang alik bukak pintu blkg nk g tgk laut..
sekali dua orait lg..
ni dh nk sampai seploh kali dok ulang alik bukak pintu tu..
kalau x sabar mmg dh aku sound aje.. tp bukan ferry mak pak aku..
kalu dak siap la korang.. grrrrrr..

 
 
 
 
 
 
 

-continue-

Cuti-Cuti Perak.. Lumut & Pulau Pangkor

Assalamualaikum..

Kali ni aku dan en.suami bercuti ke Perak..
dimulakan dgn destinasi pertama iaitu Lumut & Pangkor..
tak byk gmbr yg diambil..
memandangkan kami ni spesis pemalu sgt2.. xpecially en.suami..
br nk on kamera.. "eh!xyah la snap.. wat malu je"..
dan mcm mn.. huhuhu..
kadang2 aku wat degil jgk.. snap je selamba.. hihihi..
tp ada masanyer aku sendiri pon malu nk snap..
apo nk di kato!.. huhu..

Ok.. perjalanan kami bermula pada hari Khamis, 22.12.11
gerak dlm jam 12.30 jgk..
lewat sbb pg tu Kuantan hujan tersgt la lebat..
sedap sgt golek2 atas katil.. hihihi..

Kami melalui lebuhraya LPT.. 
sampai di R&R Genting Sepah.. makan bubur Mc D..
then sambung perjalanan melalui Batang Kali..
terus masuk ke lebuhraya Utara-Selatan.. dan exit di Bidor..
jalan sepanjang exit Bidor sampai la di Lumut teruk giler..
jalan berlubang.. dan pecah2..
kesan tepek2 tar pon teruk.. 
xleh nk mengelak dah.. elak ke kanan lubang.. elak ke kiri pon sama je..
adusss.. jahanam kete aku!

Sampai satu tempat tu (sebelum sampai Lumut)..
lupe dh nama tmpt tu..
org Perak tau la kot..
jalan tu melalui jelapang padi..
Masya-Allah cantik sgt2..
ada snap gambo tp guna camera phone aje..

Ok.. sampai je kt Lumut..
ajak adik ipar pegi makan.. lapooooo!
lepas makan kami terus check in kat hotel Orchard Inn Lumut..
adik ipar ada rekod kt situ.. so dpt rate murah.. RM65.. including bf tau.. best!


katil tu king size ok.. syok golek2.. hihihi..



Jalan nk ke bilik tu.. ada la dia buat kolam ikan.. cantik..
sempat la aku posing jap.. hihihi..


OK.. nnti sambung eh.. nk g umah mak mertua hantar ikan bilis pangkor.. :)

Bye~

Kongsi Resepi

Share It

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...