Tuesday, October 6, 2009

Marble Cheese Brownies

Aku terjatuh chenta pandang pertama pada Marble Cheese Brownies kt blog Kak Nor... mendorong aku utk mencuba... memandangkan stok cream cheese masih ada... so ku adun satu loyang... percubaan kali pertama ni... risau x menjadik... tapi alhamdulillah.. pada pandangan dan rasa tekak ku... kira menjadik laa... camner Kak Nor? Lulus ke zura wat bronis nie??? ekekeke...



Kalau mengikut resepi asal... kena guna loyang 10x10 tapi zura x de loyang tu... hanya ada loyang 9.5"... so adunan ku tebal dan dpt skit je lepas potong... ku potong 2.3" setiap pcs... so hanya dpt 16pcs sahaja...

Mengikut kajian aku... bronis ni lg mahal dari cheese tart... sebabnyerrr... bahan utama pada kedua-dua resepi mmg sama iaitu... sebuku butter dan sebuku cream cheese (setiap buku berat 250g)... hasilnya berbeza... cheese tart dapat 24pcs tapi bronis ni dpt 16pcs sahaja... Cheese Tart menggunakan 2 biji telur sahaja manakala bronis ni guna 4 bijik telur...

Kesimpulannya, aku terpaksa menjual rege Marble Cheese Brownies ni lebih mahal skit dari Blueberry Cheese Tart... harap kawan2 memahami... kengkadang sukar nk meletakkan hg bagi sesuatu kek/kuih... sbb kastemer x penah tau hg pasaran bahan2 kek... dan kastemer x tau betapa sukarnya aku nk mendapatkan stok bahan2 tu. .. kalu di Kl semua bahan ada... jgn kata bahan... packaging dia pon cantik2 and murah... kt Kuantan... nk beli plastik nk packing tu punyer laa mahal giler... plastik nipis and kecik dia kira 20sen sekeping... mahal oooo... tapi org cakap kastemer is alwayz rite... leh guna ke kata-kata tu??? huhuhu..

Note: Atas permintaan ramai.. zura copy paste kan resepi dari blog kak nor kite tu... halalkan erk kak...

MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.


6 comments:

K.Nor said...

cantik dah tu zura! mmg la jd tebal sket kalau guna loyang yg lebih kecil. apa pun hasil dia tak mengecewakan kan!

cuma lorekan atas tu kalau boleh dirapatkan masa paipkan yg coklat tu lagi cun. cam yg k.nor buat, k.nor paipkan menyerong. tp terpulang pd zura semua tu, k! smoga bisnes zura success..

Fazleyatul Aini said...

warghhh pagi2 da kecur liur
nk wat guane ni kak
huhu

::Azura Rahman:: said...

ok cikgu... akan ku perbaiki lg next time... thanks a lot kak Nor... love u... muahsssss :D

::Azura Rahman:: said...

Hi cayunk Lya... Lya nk resepi ke? Nnti akk share kt sini eh... tp kena janji.. Lya wat lak pasni... aci? ekekeke..

Unknown said...

huhuhu baru tau zura muda 2 tahun dari kak lis. selama ni selamba badak je dok panggil zura - kak zura,kak zura! ouch..malu tul!! btw..cis bronis ni nampak sedap betul! berapa harga cis bronis ni ye??

akumann2803 said...

Nampk sedap...klo mcm ni bro harganya zura

Kongsi Resepi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...